bebusuk | bebusuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Cassia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semanjung dan Sabah termasuk berekosa dan busuk-busuk. Spesies utama kayu ini ialah Cassinoda dan C. Siamea. Gubal kayu bebusuk berwarna putih atau kuning, dan dapat dibezakan daripada terasnya yang berwarna coklat jingga atau coklat tua. Tekstur kayunya agak keras dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 875 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu bebusuk sukar dikerjakan tetapi agak tahan dan mudah dikeringkan, dan digunakan untuk membuat tiang, hulu peralatan, kotak kayu dan perabot. |
basal stem rot | busuk pangkal batang | Biologi | Patologi | Busuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas. |
basal stem rot | busuk pangkal batang | Kimia | Tiada | Busuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas. |
brown rot | busuk perang | Biologi | Patologi | 1. Busuk akibat serangan kulat terutama sekali pada selulosa kayu pohon saka hingga menghasilkan lignin berwarna perang. 2. Penyakit busuk berwarna perang pada buah epal yang disebabkan Sclerotinia fructigena. |
brown rot | busuk perang | Kimia | Tiada | 1. Busuk akibat serangan kulat terutama sekali pada selulosa kayu pohon saka hingga menghasilkan lignin berwarna perang. 2. Penyakit busuk berwarna perang pada buah epal yang disebabkan Sclerotinia fructigena. |
collar rot | busuk leher akar | Biologi | Patologi | Penyakit yang menunjukkan gejala utamanya ialah busuk pada pangkal batang, iaitu tempat keluarnya akar. Contohnya ialah penyakit busuk leher akar getah yang disebabkan oleh kulat Ustulina deusta. |
collar rot | busuk leher akar | Kimia | Tiada | Penyakit yang menunjukkan gejala utamanya ialah busuk pada pangkal batang, iaitu tempat keluarnya akar. Contohnya ialah penyakit busuk leher akar getah yang disebabkan oleh kulat Ustulina deusta. |
root rot | busuk akar | Biologi | Patologi | Busuk pada akar yang disebabkan oleh patogen, terutama bawaan tanah. Gejala yang mula-mula nampak ialah daun menguning dan gugur lebih awal kerana gangguan penyerapan air dan mineral oleh akar yang busuk. |
cottony rot | busuk kekapas | Biologi | Patologi | Penyakit busuk pada tumbuh-tumbuhan, bunga dan sayuran, terutama pada tanaman keluarga limau yang disimpan dalam suhu dan kelembaban yang tinggi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Sclerotinia. Gejala utamanya ialah busuk dan bahagian tumbuhan yang terserang dengan parah akan ditumbuhi miselium kulat berwarna putih yang sangat banyak sehingga kelihatan seperti kapas. |
root rot | busuk akar | Kimia | Tiada | Busuk pada akar yang disebabkan oleh patogen, terutama bawaan tanah. Gejala yang mula-mula nampak ialah daun menguning dan gugur lebih awal kerana gangguan penyerapan air dan mineral oleh akar yang busuk. |