anaphora | anafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa. |
methanol poisoning | keracunan metanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif. |