Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.té.na] | بوتينا

Definisi : (buténa) (Kim) sj gas yg tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yg biasanya digunakan dlm pembuatan sebatian organik, butilena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
butenebutenaKimiaTiadaGas tak berwarna dengan bau yang tidak menyenangkan, dan terdapat dalam tiga bentuk isomer.
butene, 1-1-butenaKimiaTiadaGas yang tidak berwarna, senang terbakar, tidak larut di dalam air, larut dalam pelarut organik dan digunakan untuk menghasilkan polibutena, butadiena aldehida dan lain-lain, CH3CH2CHCH2.
butene, cis-2-cis-2-butenaKimiaTiadaTiada
B-B fractionpecahan B-BKejuruteraanTiadaPecahan yang terdiri daripada butana dan butena yang terhasil daripada proses penyulingan.
polyolefinspoliolefinKejuruteraanPolimerKumpulan polimer yang paling lazim yang dihasilkan daripada etilena, propilena, butena, isoprena, dan pentena, termasuk kopolimer terbitannya. Dua poliolefin yang paling utama ialah polietilena dan polipropilena.
petrochemicalpetrokimiaKejuruteraanTiadaBahan-bahan kimia yang diterbitkan daripada minyak mentah atau gas asli, termasuk hidrokarbon ringan seperti butena yang diperoleh melalui penyulingan berperingkat atau pemecahan bermangkin.
unsaturated hydrocarbonhidrokarbon tak tepuKimiaTiadaSebatian hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonya. Misalnya, sebatian dalam siri alkena seperti etena, propena, dan butena, dan sebatian dalam siri alkuna seperti etuna, propuna, dan butuna. Bdg. hidrokarbon tepu.
alkenealkenaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Alkena dengan satu ikatan ganda dua mempunyai formula am CnH2n. Alkena tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam pelarut organik. pada suhu bilik, tiga ahli pertama, iaitu etana, propena dan butena berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkena bertindak balas dengan air bromin untuk menghasilkan bromoalkohol, dan dengan larutan sejuk kalium permanganat berbes untuk menghasilkan diol. Alkena terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum dan lazimnya disediakan secara pemanasan alkohol dengan asid sulfurik pekat pada suhu 180oC. Sebatian ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. Nama umumnya ialah olefin.

Kembali ke atas