Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bai] | چاباي

Definisi : sj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.; ~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecil­kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens; kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg ber­salah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya); kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bai] | چاباي

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Piper longum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, Piper lanatum; ~ jawa (alas panjang, sulah) sj tumbuhan (pokok memanjat yg buah­nya pedas), lada panjang, Piper retrofractum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bai] | چاباي

Definisi : ; burung ~ sj burung kecil yg berkepala merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bai] | چاباي

Definisi : beberapa jenis herba yg buahnya berasa pedas dan digunakan utk membuat sambal dsb; cili; lada, Capsicum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabai

Puisi
 

Kalau kutahu masam mengkuang,
     Ambillah garam dan cabai;
Kalau kutahu kekasih orang,
     Kuambil pedang membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cabai rawit.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rintik cabairintik cabaiKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif cabai.
red peppercabai merahPentadbiran PerniagaanTiadaBuah yang berasa pedas, berwarna merah yang digunakan dalam masakan.
red peppercabai merahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada

Kembali ke atas