pawnbroking | rahnu | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai. Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Sinonim gadaian. |
multi pawned | berbilang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang gadaian yang sama digunakan sebagai cagaran kepada hutang yang berlainan. Hal ini bermakna satu barang gadaian yang sama akan digunakan sebagai cagaran untuk jaminan beberapa hutang yang berbeza. Berbilang gadaian boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pertama menggadaikan barang sepadu yang separuh bahagiannya telah menjadi cagaran untuk suatu hutang, kemudian separuhnya lagi dijadikan cagaran untuk hutang yang lain. Cara kedua, iaitu menggadaikan satu barang gadaian yang sama secara serentak beberapa kali sebagai barang cagaran untuk hutang yang berlainan. Berbilang gadaian diharuskan mengikut mazhab Maliki, Syafi‘i dan Hanbali tetapi tidak diharuskan mengikut mazhab Hanafi. |
amortized security | cagaran terlunas hutang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cagaran atas hutang yang masih belum langsai yang dibayar secara beransur-ansur bagi tempoh yang hampir tamat. |
collateral bond | bon cagaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cagaran tambahan untuk pinjaman. |
العين المرهونة | barang gadaian/cagaran | Agama Islam | Fiqh | Harta yang dijadikan cagaran hutang. |
collateral | cagaran | Ekonomi | Tiada | Sekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran. |
collateral | cagaran | Ekonomi | Tiada | Sekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran. |
unsecured creditor | pemiutang tanpa cagaran | Pentadbiran | Tiada | Pemiutang biasa yang mempunyai tuntutan terhadap semua aset firma kecuali yang ditandakan sebagai cagaran khusus untuk hutang lain. |
first mortgage | gadai janji pertama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cagaran ke atas sesuatu aset yang diutamakan melebihi cagaran yang lain. |
first mortgage | gadai janji pertama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cagaran ke atas sesuatu aset yang diutamakan melebihi cagaran yang lain. |