hat cai luong | hat cai luong | Muzik | Tiada | Teater popular di Vietnam yang menggunakan dialek Vietnam pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Teater ini merupakan bentuk sinkretik kerana menggabungkan cerita, muzik serta alat muzik dari Vietnam dan China. Ceritanya mengutamakan kisah kehidupan seharian di Vietnam. Ensembel muzik merangkumi alat tali seperti dan kim, dan gao serta dan co. Kadangkala menggunakan alat muzik Barat seperti saksofon dan trompet. Teater popular seperti hat cai luong juga
|
CAI (computer aided instruction) | ABK (arahan berbantu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penggunaan komputer untuk memudahkan latihan dan pembelajaran. |
Computer Assisted Instruction (CAI) | Pengajaran Berbantu Komputer (CAI) | Pendidikan | Tiada | Perisian yang dibangunkan untuk membantu dalam pengajaran sesuatu topik. |
intelligent Computer Assisted Instruction (intelligent CAI) | kecerdasan Pengajaran Berbantu Komputer (kecerdasan CAI) | Pendidikan | Tiada | Pengajaran berbantu komputer pintar dengan perisian logik berasaskan prinsip kecerdasan buatan. |
computer-assisted instruction (CAI) | pengajaran berbantuan komputer | Pendidikan | Tiada | Tiada |
authoring system | sistem pengarangan | Pendidikan | Tiada | Atur cara yang direka untuk membantu selain pengatur cara menulis atur cara pengajaran berbantukan komputer (CAI) seperti multimedia. |
likay | likay | Muzik | Tiada | Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Teater ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey. |
ludruk | ludruk | Muzik | Tiada | Opera atau teater popular yang wujud pada abad ke-19 di Jawa Timur, khususnya daerah Surabaya. Teater ini terdiri daripada muzik nyanyian, tarian dan cerita. Cerita rakyat menggambarkan kehidupan seharian yang dipersembahkan di pentas prosenium. Selingan komik antara babak yang dilakonkan oleh lelaki berpakaian perempuan yang menjadi daya tarikan audiens. Opera ini diiringi ensembel gamelan Jawa. Opera ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu ketoprak di Jawa Tengah, zarzuela di Filipina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia dan hat cai lu |
stambul | stambul | Muzik | Tiada | Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong |