Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.kar] | چاکر

Definisi : 1. kuku yg panjang, runcing, dan me­lengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar; ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri; mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. ark mengais, mencari makan (bkn ayam dll); percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran); pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat­-tingkat dan tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kar] | چاکر

Definisi : ; ~ bebek = ~ itik sj tumbuhan (herba), tapak itik, Acanthus ebracteatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kar] | چاکر

Definisi : 1 kuku yg panjang-panjang lagi tajam (spt yg terdapat pd ayam, kucing dll). 2 bekas kena kuku atau kena garu. 3 = pencakar alat yg diberi berkuku serta bergandar dan digunakan utk mengumpulkan sampah dll. ~ ayam a. tulisan tangan yg amat buruk. b. kuih yg berlingkar-lingkar dibuat drpd ubi kayu, keledek dll. ~-balar garis-garis yg banyak dan tidak menentu. ~ besi pencakar yg dibuat drpd besi. bercakar-cakaran 1 berkelahi dgn menggunakan cakar (bkn binatang); saling menggaru dgn cakar. 2 ki berkelahi; bergaduh. mencakar 1 menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Ku­cing ~, anjing menggigit. 2 mengais dgn cakar (ttg ayam dll). pencakar alat utk mengumpulkan sampah; cakar. ~ langit bangunan yg tinggi-tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga cakar ayambunga cakar ayamKesenianTiadaMotif tembikar berunsur geometri berbentuk garis silang-menyilang.
poison clawcakar racunBiologiHistologi dan SitologiCakar organisma, khususnya serangga yang mengandungi racun.
pulviluspulvillusBiologiHistologi dan Sitologi1. Lapik, cuaran atau membran pada kaki atau pada celah-celah antara cakar serangga yang kadang-kadang berfungsi sebagai organ pelekat. 2. Lobys di bawah cakar. onikium; pulvinulus; kusyen.
scribblecakarKesenianTiadaTiada
clawcakarBiologiHistologi dan Sitologi1. Unguis atau tangkai petal. 2. Kuku yang melengkung dan runcing pada jari atau ibu jari. 3. Sepit pada krustasea tertentu. 4. Cuaran melengkung pada anggota serangga.
scratchcalar; cakar, contengPendidikanTiadaTiada
scarified (soil)cakar tanahPertanianTiadaTiada
bear scratchcakar beruangPerhutananTiadaTiada
clawhandtangan cakarPerubatanTiadaKeadaan tangan dan jari yang melengkung dan atrofi.
clawfootkaki cakarPerubatanTiadaKaki dengan lengkungan tinggi serta jari-jari kaki memanjang pada sendi metatarsofalangia.
1234

Kembali ke atas