Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lon] | چالون

Definisi : 1. orang yg akan, atau dicadangkan utk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (spt bakal pegawai dll); ~ guru orang yg sedang dididik utk menjadi guru; ~ menantu bakal menantu; 2. orang yg dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, penge­rusi, dll): semua ~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yg sama dlm pilihan raya Persekutuan; ~ bebas seseorang yg bertanding dlm pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik; 3. orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian; mencalonkan mencadangkan nama seseorang utk dipilih, mengemukakan sbg calon; pencalonan perihal atau perbuatan men­calonkan, pengemukaan nama seseorang sbg calon: Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dgn syarat semua Raja Melayu yg lain menolak ~ utk jawatan tersebut; pencalon orang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lon] | چالون

Definisi : 1 orang yg akan menjadi (pegawai dsb); bakal: ~ menantu bakal menantu. 2 orang yg dicadangkan supaya dipilih (utk menjadi wakil rakyat dll): ~-~ yg tidak memenuhi syarat-syarat pilihan raya yg telah ditetapkan akan ditolak. 2 orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian. mencalonkan mencadangkan se­­­seorang sbg calon: Beliau telah ~ Ahmad utk memegang jawatan itu. pencalonan perbuatan atau hal mencalonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ontested electionpilihan raya dipertandingkanUndang-undangTiadaPengundian yang dijalankan apabila terdapat lebih daripada seorang calon yang sah dinamakan pada hari penamaan calon.
group interviewtemu duga kumpulanPentadbiranTiadaCara temu duga pemilihan, iaitu terdapat lebih daripada seorang calon ditemu bual atau disoal pada masa yang sama bagi melihat kekuatan dan kelemahan prestasi calon yang ditemu duga.
candidatecalonPentadbiranTiadaTiada
candidatecalonUndang-undangTiadaTiada
candidatecalonSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
particular candidatecalon tertentuUndang-undangTiadaTiada
running matecalon timbalan; sahabat karibSejarahTiadaTiada
candidate keykunci calonMatematikTiadaTiada
candidate for electioncalon pilihan rayaUndang-undangTiadaSeseorang yang dinamakan untuk bertanding dalam pilihan raya.
candidate selectionpemilihan calonSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345

Kembali ke atas