Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cameron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agrotourismagropelanconganPertanianAgroteknologiIndustri yang menggunakan aktiviti pertanian sebagai tarikan pelancong untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian yang diamalkan di sesebuah negara. Agropelancongan dapat dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pelancongan seperti penginapan, restoran dan kawasan riadah di kawasan pertanian. Contoh kawasan agropelancongan ialah Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland dan Langkawi.
containerized plantingpenanaman bekasPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang menggunakan bekas yang diperbuat daripada plastik, konkrit atau kotak bagi mengisi media. Kaedah ini dapat diamalkan di kawasan tanah yang terhad atau yang memerlukan perlindungan daripada cuaca. Kebanyakan tanaman hortikultur seperti tomato, bunga-bungaan dan strawberi yang dihasilkan di kawasan tinggi seperti Cameron Highland menggunakan penanaman bekas di bawah struktur pelindung.
fluorescent lightlampu berpendafluorPertanianAgroteknologiLampu elektrik yang memancarkan cahaya melalui proses sinaran bahan fosfor yang disalut pada bahagian dalam kaca lampu. Fosfor tersebut mengeluarkan cahaya setelah menyerap sinar ultralembayung (UV) yang terhasil daripada gas raksa yang dirangsang oleh arus elektrik. Lampu berpendaflour digunakan dalam pertanian untuk memberi sumber cahaya bagi tanaman yang ditanam dalam keadaan tertutup. Lampu jenis ini juga digunakan untuk memanjangkan tempoh siang supaya bunga kekwa yang ditanam di Cameron Highlands tidak cepat berbunga.
continuous croppingtanam berterusanPertanianAgronomi

 Sistem pertanian yang melibatkan penggunaan tanah secara berterusan dengan tanaman semusim, tanpa memberikan tempoh masa rehat yang panjang untuk tanah tersebut. Contohnya, kawasan padi di Kedah, Kelantan dan Selangor, sebidang tanah ditanam dengan tanaman padi, bergilir-gilir dua atau tiga kali setahun dengan masa yang singkat antara penuaian dan penanaman baru. Kaedah ini diamalkan kerana sistem pengairan membolehkan padi ditanam walaupun dalam musim kemarau. Tanpa sistem pengairan, tanah terpaksa dibiarkan kosong atau ditanam dengan tanaman lain dalam musim kemarau. Di Cameron Highland, tanam berterusan diamalkan oleh pengeluar sayur, tetapi jenis sayur ditukar ganti mengikut pusingan untuk mengurangkan masalah perosak dan penyakit sayur-sayuran. Sistem tanaman berterusan memerlukan banyak baja kerana kadar penggunaan nutrien oleh tanaman adalah tinggi dan tempoh masa tidak mencukupi untuk kitaran semula sisa tanaman sebelum tanaman baharu diusahakan.

controlled environmentpersekitaran terkawalPertanianAgroteknologiPengeluaran tanaman yang diusahakan dalam keadaan dan suasana terkawal supaya mampu memberi hasil dan kualiti yang tinggi. Tanaman ditanam dalam struktur terlindung yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang telus cahaya. Pengairan tanaman adalah secara berjadual dengan sistem semburan, titisan atau fertigasi, atau menggunakan sistem hidroponik. Suhu dikawal dengan penggunaan penyejuk sejatan. Pertanian dalam persekitaran terkawal sesuai untuk jenis tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, herba, tomato, melon, strawberi dan cili. Kaedah ini banyak diamalkan di Cameron Highland.
cool season croptanaman musim dinginPertanianAgronomi

 Berkaitan tanaman di kawasan iklim suhu sederhana yang mengalami musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tanaman musim dingin adalah tanaman yang sesuai ditanam dalam suhu yang agak rendah, iaitu pada musim bunga atau musim luruh, dan kurang sesuai ditanam pada musim panas. Contoh tanaman musim dingin ialah bawang, ubi kentang, kobis, brokoli dan kacang pis. Tanaman ini lebih sesuai pada suhu kurang daripada 24oC dan tahan terhadap keadaan fros atau suhu yang di bawah tahap beku (0oC). Di kawasan tropika, tanaman musim dingin hanya boleh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands.


Kembali ke atas