Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ornamental fishikan hiasanPertanianAgroteknologiIkan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium.
hand tailingtangkap ekorPerikananTiadaKaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek.
white fishikan isi putihPentadbiran PerniagaanTiadaIkan yang mempunyai isi putih seperti ikan bawal, ikan senangin dan ikan gelama.
coarse fish/rough fishikan kasapPerikananTiadaIkan air tawar yang bukan daripada kumpulan ikan rekreasi. Ikan ini kurang diminati oleh pemancing kerana sifatnya yang kurang melawan dan boleh mengancam atau mengurangkan populasi spesies ikan rekreasi, selain isinya yang kurang enak. Contohnya, ikan keli, baung, lampam, tilapia dan kaloi.
grouperkerapuPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Serranidae yang dikelaskan sebagai ikan demersal. Ikan kerapu hidup di kawasan pantai berpasir dan berbatu terutamanya di kawasan batu karang. Bukaan mulut ikan ini luas dan mempunyai badan pelbagai warna yang memudahkannya untuk melakukan penyamaran. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa. Ikan kerapu boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, bubu atau rawai dasar.
oily fishikan lemak; ikan berminyakPentadbiran PerniagaanTiada1. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% lemak. 2. Ikan yang isinya mengandung 0.5% hingga 20% minyak.
bony fishikan bertulangPerikananTiadaIkan daripada subkelas Teleostei yang mempunyai tulang yang keras. Ikan daripada kumpulan ini digunakan untuk tujuan pengelasan ikan. Ikan bertulang berbeza dengan ikan bertulang rawan.
game fish/fun fishikan rekreasiPerikananTiadaIkan air tawar atau air masin yang disenaraikan sebagai ikan yang berpotensi untuk aktiviti sukan. Kebanyakan ikan ini terdiri daripada jenis ikan pemangsa yang bersifat suka merentap dan melawan. Tindak balas yang terhasil daripada ikan rekreasi merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi pemancing. Contohnya, ikan toman, mersuji dan tenggiri.
leatherskintalangPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Carangidae, genus Scomberoides, yang hidup di pesisiran pantai berdekatan dengan kawasan berterumbu karang dan muara sungai. Ikan ini gemar memakan udang, sotong dan ikan kecil. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi pantai. Sinonim seliat.
diurnaldiurnalPerikananTiadaBerkaitan dengan ikan yang mempunyai tabiat mencari makanan pada waktu siang. Kebanyakan ikan yang mempunyai tabiat ini ialah ikan pelagik berkumpulan dan ikan batu karang seperti ikan bayan dan ikan buntal.
12345678910...

Kembali ke atas