Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg melengkung spt kait (gancu dll): buatlah ~ pd dawai itu supaya dapat disangkutkan; 2. alat utk mengancing baju yg dibuat drpd besi kecil yg dilengkungkan; bercangkuk memakai cangkuk; mencangkuk mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; mencangkukkan mengaitkan: ~ mata taut pd belakang rusa itu; tercangkuk terkait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkuk I

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hookcangkukTeknologi MaklumatTiadaDalam pengaturcaraan, cangkuk ialah tempat atau antara muka yang disediakan dalam kod berpakej yang membolehkan pengatur cara memasukkan atau menambahkan atur cara tersuai. Contohnya, pengatur cara mungkin ingin memberikan kod untuk menganalisis kekerapan yang diambil oleh sesuatu laluan logik dalam sesuatu atur cara. Mungkin juga pengatur cara ingin memasukkan keupayaan tambahan. Biasanya cangkuk disediakan untuk sesuatu tujuan dan didokumentasikan untuk pengatur cara. Sesetengah pengatur cara menganggap cangkuk sebagai atur cara yang ditambah kemudian.
poli (A-g-B)poli (A-g-B)KejuruteraanPolimerSingkatan untuk menjelaskan kopolimer cangkuk A dan B, dengan A ialah tulang belakang rantai linear, B rantai cabang dan g cangkuk. L.j. kopolimer cangkuk.
blackwall hitchlilitan silaPerikananTiadaSimpulan yang digunakan untuk mengikat seutas tali pada cangkuk untuk sementara waktu. Hujung tali yang bebas dimasukkan di celah cangkuk dan hujung tali yang satu lagi dimasukkan pula di celah cangkuk di atas hujung tali bebas tersebut. Simpulan ini boleh dipelbagaikan menjadi lilitan sila berganda yang lebih kuat untuk menampung bebanan yang lebih kuat. Simpulan ini boleh dibuka dengan mudah pada bila-bila masa.
ravehookcangkuk kikisKejuruteraanTiadaCangkuk pengeweban gelung, biasanya bentuk mata rod dawai lipat, untuk mengikat langsir kenderaan.
crane hookcangkuk krenKejuruteraanTiadaCangkuk pada rantai pengangkat kren, tempat beban atau rantai anduh disangkutkan.
chain hookcangkuk rantaiSukanTiadaCangkuk yang digunakan untuk mengendali rantai kabel semasa menyimpan atau menariknya atas dek.
can-hookscangkuk tongSukanTiadaCangkuk bercabang dua rata untuk mengangkat tong.
lock hookcangkuk katupKesenianTiadaCangkuk yang mempunyai bahagian yang boleh dibuka dan dikatup.
labial hookscangkuk labiumBiologiEntomologiCangkuk atau duri pada palpa labium nimfa sesibur atau pepatung (Odonata). Pada serangga ini, keseluruhan labiumnya mebentuk organ pencengkam yang diperbesar dan dikenal sebagai topeng. Organ ini dapat dilepaskan keluar dengan cepat untuk menangkap berudu atau haiwan lain.
cargo hookcangkuk kargoSukanTiadaSejenis cangkuk berat dengan lengan mengunjur dari batangnya untuk mengangkat kargo secara mencangkuk anduh kargo ke takal pencarik.
12345678910...

Kembali ke atas