Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) canĀ­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
good playpermainan cantikPendidikanTiadaTiada
sweet swingayunan cantikSukanTiadaTiada
good returnbalas baik;; pukul balik cantik (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
good returnbalas baik;; pukul balik cantik (P.JAS)SukanTiadaTiada
piano finishkemasan pianoKesenianTiadaKemasan yang cantik, berkilau, menarik dan sempurna.
corsagekorsajKesenianTiada1. Gubahan bunga yang cantik, dipakai pada bahagian bahu dan pinggang pakaian wanita, ada kalanya dipakai di pergelangan tangan, dalam upacara rasmi.,2. Istilah yang digunakan untuk bahagian badan pakaian wanita.
English lillerenda bayiKesenianTiadaRenda kecil dan cantik yang reka bentuknya berasaskan renda biku Inggeris untuk kegunaan membuat trimin pakaian bayi dan kanak-kanak.
baby lacerenda bayiKesenianTiadaRenda kecil dan cantik yang reka bentuknya berasaskan renda biku Inggeris untuk kegunaan membuat trimin pakaian bayi dan kanak-kanak.
bad viewpemandangan burukLandskapTiadaPemandangan yang tidak cantik atau bernilai negatif dalam analisis visual.
beneventan handwritingtulisan beneventanPerpustakaanTiadaTulisan tangan terkecil yang cantik, berasal dari kursif Roman, digunakan di Selatan Itali dan Dalmatia.
1234

Kembali ke atas