Bridge grafting | Cantuman titian | Pertanian | Agronomi | Cantuman untuk memulihkan pokok yang telah dikelar atau dikopek kulitnya pada satu gelangan akibat dimakan oleh tikus atau disebabkan oleh kecederaan. Bahagian kulit di atas dan di bawah gelangan ini disambung semula dengan kaedah cantuman titian. Cantuman titian dibuat menggunakan beberapa sion yang diselit dalam kulit atas dan bawah gelangan. |
basal budding | cantuman tunas pangkal | Pertanian | Agronomi | Cantuman tunas yang dibuat pada pangkal pokok penanti. Kaedah cantuman ini diamalkan supaya sebahagian besar pokok hasil cantuman terdiri daripada baka tunas dan hanya bahagian akar pokok yang mempunyai baka pokok penanti. Kaedah ini juga mengurangkan masalah pengeluaran sulur pokok daripada baka pokok penanti yang perlu dicantas untuk memelihara ketulenan baka tunas. |
Budded stump | Tunggul cantuman | Pertanian | Agronomi | Bahan tanaman yang dihasilkan setelah membuat cantuman mata tunas kepada pokok penanti. Jika cantuman itu berjaya, semua cabang pokok penanti atas daripada tapak cantuman akan dicantas. Kemudian pokok ini digali dan cabang-cabang akarnya dicantas. Tunggul yang mengandungi mata tunas yang baru dicantum ini boleh ditanam terus di ladang. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman ini paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Kaedah cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa menanam benih baru. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman, paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa perlu menanam benih baru. |
side grafting | cantuman sisi | Pertanian | Agronomi | Cantuman yang dilakukan dengan cara merapatkan pokok penanti dalam pasu dengan cabang sion. Kulit pokok penanti dan cabang sion dikopek dan dicantumkan dengan menggunakan tali pita. Setelah pencantuman batang berjaya, batang di atas cantuman pada pokok penanti dibuang, manakala cabang sion di bawah bahagian yang bercantum diasingkan. Kaedah penyambungan untuk memulihkan pokok yang telah dikelar atau dikopek kulitnya akibat dimakan oleh tikus atau kecederaan. Bahagian kulit di atas dan di bawah gelangan ini disambung semula dengan kaedah cantuman titian. Cantuman titian dibuat dengan menggunakan beberapa sion yang diselit dalam kulit atas dan bawah gelangan. |
bench grafting | cantuman bangku | Pertanian | Agronomi | Cantuman tumbuhan yang dilakukan di atas bangku. Pokok penanti biasanya ditanam di dalam pasu atau polibeg dan diletakkan atas bangku dan bahagian sion dicantumkan dengan pokok penanti di atas bangku itu. Cantuman ini dilakukan di dalam rumah teduhan dan bukan di ladang. Pokok cantuman ini kemudiannya akan dipindahkan ke ladang setelah cantuman berjaya. |
electrostatic coalescence | cantuman elektrostatik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Cantuman titisan awan yang diaruh oleh tarikan elektrostatik di antara titisan yang bertentangan cas. Kini proses ini dirasakan tidak penting dalam penghasilan kerpasan kerana campuran sempurna titisan-titisan yang bertentangan cas tidak pernah ditunjukkan dengan jelas. 2. Cantuman dua awan atau titisan hujan yang teraruh oleh kesan pengutuban hasil daripada medan elektrik luaran. |
Bud grafting | Cantuman mata tunas | Pertanian | Agronomi | Kaedah melekatkan mata tunas yang diambil daripada pokok yang dipilih kepada pokok penanti. Sekiranya cantuman berjaya, cabang yang tumbuh daripada mata tunas mempunyai sifat yang sama dengan pokok yang mengeluarkan mata tunas. Semua cabang daripada pokok penanti akan dibuang, melainkan pangkal batang dan akarnya. Cantuman mata tunas bertujuan menghasilkan anak pokok yang mempunyai baka yang baik dan terjamin. |
atlantooccipital fusion | cantuman atlantooksipital | Perubatan | Tiada | Cantuman di antara atlas dan tulang oksipital. |