access | capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengendalian untuk mendapatkan hak mengambil dan menulis data berdasarkan alamat capaian yang diberikan. Sekiranya capaian dilakukan kepada ingatan RAM, kedua-dua pengendalian baca dan tulis boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, jika capaian dibuat terhadap ingatan ROM, hanya pengendalian baca sahaja yang boleh dilakukan. |
direct access | capaian terus | Komputer | Tiada | Capaian terus: Kaedah pencapaian peranti ingatan untuk mendapatkan kembali atau meletakkan data dengan menggunakan alamat yang tidak bersandarkan kedudukan fizikal alamat tersebut. Dalam kaedah capaian ini masa capaian untuk semua tempat dalam ingatan adalah sama. |
access control | kawalan capaian | Farmasi | Farmakologi | Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan ialah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.,Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. |
local access | capaian setempat | Teknologi Maklumat | Perisian | Jenis capaian yang hanya boleh dimanfaatkan dalam domain tertentu seperti rangkaian dalaman. Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan memastikan keselamatan rangkaian. Capaian ini boleh dilaksanakan melalui polisi rangkaian seperti peraturan tembok api, kata laluan dan rangkaian persendirian maya. Contohnya, mesin pencetak biasanya mempunyai capaian setempat. |
unauthorised access | capaian tanpa izin | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Capaian yang tidak mendapat kebenaran dasar keselamatan komputer atau rangkaian. Contohnya, capaian fail, direktori, pelayan, rangkaian, subrangkaian dan hos. |
cache access | capaian cache | Teknologi Maklumat | Perisian | Capaian segera yang dibuat kepada storan sementara yang khusus untuk mendapatkan semula data yang sering digunakan. Cara ini dapat menjimatkan masa CPU. Capaian cache telah terbukti berkesan dan pantas dalam pelbagai bidang pengkomputeran kerana corak capaiannya mempunyai rujukan dalaman yang tersendiri. |
access rule management | pengurusan peraturan capaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengurusan yang melibatkan penyelenggaraan maklumat capaian termasuk pentadbiran, penyelenggaraan dan pemantauan akaun capaian. |
access method | kaedah capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah bagi sistem pengendali kerangka utama yang membenarkan capaian kepada data dalam cakera, pita atau peranti luaran yang lain. Kaedah ini diperkenalkan dalam sistem pengendalian IBM OS/360 pada tahun 1963. Kaedah ini menyediakan antara muka atur cara aplikasi (API) bagi pengatur cara memindah data dari peranti atau ke dalam peranti. Kaedah seperti ini boleh dibandingkan dengan pemacu peranti dalam sistem pengendalian yang moden. Tanpa kaedah capaian ini, seseorang pengatur cara perlu menulis satu atur cara yang khas bagi saluran I/O, pemproses yang dikhususkan untuk mengawal capaian peranti storan, dan perpindahan data ke ingatan dan dari ingatan. Kaedah ini berguna kerana memudahkan pengaturcaraan, penggantian perkakasan dan perkongsian capaian set data. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API), pemacu peranti. |
mandatory access control | kawalan capaian mandatori (MAC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Fungsi keselamatan dalam sistem pengendalian untuk membolehkan kawalan capaian dibuat oleh pihak berkuasa dan bukannya pengguna atau pemilik objek dalam sistem. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan menjalankan kod. Contohnya, sistem pengendalian yang mengamalkan fungsi ini tidak akan membenarkan pengguna memadam fail yang diciptanya kecuali mendapat kebenaran untuk berbuat demikian. |
access control list (ACL) | senarai kawalan capaian (ACL) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mekanisme yang melaksanakan kawalan capaian bagi suatu sistem dengan menyenaraikan identiti entiti sistem yang dibenarkan untuk mencapai sumber pada sistem tersebut. Lihat juga senarai capaian. |