takaful premium | caruman takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wang yang disumbangkan oleh peserta kepada syarikat pengendali takaful melalui akaun peserta. Caruman ini akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pelaburan dan tabaruk. Peserta boleh membuat caruman sekali gus bagi takaful am dan secara berkala bagi takaful keluarga. |
unconditional vesting | letak hak tanpa syarat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pemberian hak dalam pelan caruman yang kelayakan bagi faedah tidak bersyaratkan ketiadaan pengeluaran caruman peserta. |
participants special account | akaun khas peserta | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga. Peratusan caruman peserta yang akan dikreditkan ke dalam akaun ini ditentukan mengikut prinsip aktuari. Akaun ini disediakan oleh syarikat pengendali takaful bagi tujuan tabaruk. Baki wang yang belum digunakan untuk tujuan tabaruk boleh dilaburkan untuk menghasilkan keuntungan. |
proportional retakaful | takaful semula berkadar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Produk takaful semula yang menghendaki caruman dan pembayaran tuntutan dibahagi antara syarikat pengendali takaful dengan syarikat takaful semula mengikut peratusan atau nisbah tertentu. HaI ini bermakna, caruman dan pembayaran tuntutan akan dikongsi oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah berkenaan. Contohnya, takaful semula kongsi kuota dan takaful semula lebihan. |
participants account | akaun peserta | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga bagi tujuan pelaburan. Keuntungan pelaburan akan dikongsi bersama antara peserta dengan syarikat pengendali takaful berasaskan prinsip mudarabah. Peratusan caruman yang dikreditkan dalam akaun ini biasanya lebih besar berbanding dengan akaun khas peserta. |
investment-linked takaful | takaful berkaitan pelaburan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sebahagian daripada caruman peserta dalam pelan takaful ini akan dimasukkan ke dalam akaun khas bagi tujuan tabarru’ untuk mendapatkan perlindungan. Baki caruman akan digunakan untuk pelaburan secara langsung dalam instrumen kewangan. Peserta sebagai pelabur diberi hak bagi memilih jenis pelaburan untuk diuruskan oleh syarikat pengendali takaful. Contoh pelaburan ini ialah saham, bon atau instrumen kewangan lain. Keuntungan yang diperoleh dan risiko yang dihadapi akan diserahkan sepenuhnya oleh peserta. Dalam mengendalikan pelan ini, syarikat pengendali takaful juga bertindak sebagai pengurus dana dan mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan. |
deception insurance/uncertainty insurance | gharar insurans | Ekonomi | Ekonomi Islam | Ketidakjelasan yang wujud dalam rukun ma‘qud ‘alaih (benda yang diakadkan) pada sesuatu akad insurans. Hal ini kerana pihak yang membeli polisi tidak mengetahui sama ada mereka akan menerima pampasan dan jumlah caruman berserta keuntungan. Mereka juga mungkin menerima jumlah pampasan yang tidak setimpal dengan caruman yang dibayar. Kewujudan unsur gharar ini menyebabkan skim insurans tidak sah dari segi hukum syarak. Oleh itu, skim takaful yang tidak mengandungi unsur gharar diwujudkan. Dalam skim takaful, para peserta secara kolektif akan menerima kembali semua caruman sama ada dalam bentuk pampasan atau baki caruman selepas pampasan dibuat bersama-sama keuntungan. Pengendali takaful pula tidak menanggung risiko kerugian kerana segala pampasan dibayar daripada kumpulan wang takaful peserta. |
contribution | caruman; pencaruman; sumbangan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
contribution | caruman; pencaruman; sumbangan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
contribution | caruman; pencaruman; sumbangan | Ekonomi | Tiada | Tiada |