paint | cat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cecair berpigmen yang bertukar menjadi filem pepejal nipis yang legap yang digunakan dengan meluas sebagai lapisan pelindung dan hiasan untuk kayu dan logam. Terdapat berbagai-bagai jenis cat, seperti cat emulsi, cat lateks, cat minyak, cat air, dan cat pasta. |
undercoat | cat alas | Kesenian | Tiada | 1. Cat asas: Cat yang disapu terlebih dahulu pada alas lukisan sebelum cat lukisan biasa digunakan. |
CAT | CAT | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Singkatan bagi Clear-Air Turbulence. Lihat golakan udara cerah. |
antifouling paint | cat antitumbuhan | Kejuruteraan | Tiada | Cat di atas lapisan cat antikakisan di bahagian bawah kapal, yang mencegah pertumbuhan organisma. |
antifouling paint | cat antitumbuhan | Sukan | Tiada | Cat di atas lapisan cat antikakisan di bahagian bawah kapal, yang mencegah pertumbuhan organisma. |
synthetic emulsion paint | cat emulsi tiruan | Kesenian | Tiada | Cat emulsi akrilik, yakni cat yang menggunakan damar tiruan yang dibuat daripada petroleum. |
aniline poisoning | keracunan anilina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada anilina, iaitu bahan kimia yang digunakan dalam dakwat pencetak, dakwat penanda kain, cat, penanggal cat, dan sintesis ubat. Pengingesan sebanyak I g anilina boleh menyebabkan kematian. Nilai LD50 dalam haiwan ialah 400 mg/kg dan had pendedahan ialah 2 ppm. Anilina bertindak dengan mengubah hemoglobin kepada methemoglobin, yang mungkin menyebabkan asfiksia yang sangat teruk untuk mencederakan sel sistem saraf pusat dan kadang-kadang menyebabkan hemalisis. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan menyebabkan sianosis pada ants methemoglobin melebihi 15%; sakit kepala, sesak nafas, dan pening pada aras methemoglobin 40% - 50%; kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, dan stupor pada aras 60%, dan konvulsi, koma, tekanan darah turun, dan kemungkinan mati pada aras methemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, sakit semasa kencing, dan anemia mungkin terjadi kemudian. Keracunan kronik akibat penyed |
dead-colour | cat asas | Kesenian | Tiada | Cat yang disapu pada permukaan lukisan cat minyak untuk menandakan nilai-nilai warna. |
non-luminous paint | cat tak kilau | Kesenian | Tiada | Cat yang kusam sesudah kering, seperti cat akrilik. |
CAT (computer-aided testing) | CAT (pengujian berbantu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penggunaan komputer dalam kejuruteraan untuk menyemak dan menganalisis reka bentuk, biasanya dihasilkan oleh atur cara CAT. |