Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mencekam mencengkam; ®ceng­kam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekam I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
powder clutchcekam serbukKejuruteraanKejuruteraan MekanikCakera cekam elektromagnet dengan ruang antara anggota cekam diisi zarah magnet. Pengenaan medan elektromagnet ke atas zarah bermagnet akan mewujudkan daya tarikan magnet antara plat cekam.
friction disccakera cekamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCakera pipih berpermukaan kesat yang terdapat di dalam cekam, terletak di antara plat tekanan cekam dengan roda tenaga.
clutch solenoidsolenoid cekamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSolenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi.
overrunning clutchcekam lebih hadKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat pemacu cekam yang direka bentuk khas yang mempunyai gegelang luar dan gegelang dalam. Gegelang dalam mempunyai alur segi tiga yang menempatkan pengguling keluli keras. Gegelang dalam akan memacu gegelang luar. Jika gegelang luar berputar lebih laju daripada gegelang dalam, gegelang luar akan tergelincir atau terpisah daripada gegelang dalam. Cekam jenis ini digunakan pada penghidup enjin yang berfungsi memutarkan roda tenaga dan aci engkol ketika menghidupkan enjin. Apabila enjin telah hidup dan berputar laju, gegelang luar akan terpisah daripada gegelang dalam. Selepas itu, roda tenaga dan aci engkol enjin bebas berputar mengikut laju operasi normal.
hysteresis clutchcekam histeresisKejuruteraanTiadaSalah satu daripada tiga jenis cekam elektrik tanpa geseran yang menggunakan daya elektromagnet untuk memindahkan daya kilas dari aci masukan yang dipasang pada rotor ke aci keluaran, yang dipasang pada mangkuk geseran. Gelung dawai dipasang di sekeliling rotor masukan bagi menghasilkan medan magnet di rotor dan juga di mangkuk geseran. Kehilangan histeresis pada mangkuk geseran menyebabkan fluks medan elektromagnet berubah lebih perlahan pada mangkuk berbanding pada rotor. Perbezaan ini menyebabkan kilas terhantar ke mangkuk geseran. Cekam jenis ini digunakan khusus untuk aplikasi yang memerlukan gelincir tidak malar dalam sistem penghantaran kuasa.
viscous drive fan clutchcekam kipas pemacu likatKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator.
rim clutchcekam sembirKejuruteraanTiadaCekam sentuh geseran yang mempunyai unsur permukaan yang mengenakan tekanan pada sembir, sama secara luar atau dalam.
jaw clutchcekam rahangKejuruteraanTiadaCekam jenis positif yang paling lazim, yang memberikan sambungan positif satu aci kepada yang satu lagi melalui muka yang berpancaan.
magnetic clutchcekam magnetKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam yang beroperasi secara magnet, yang digunakan untuk mencekam dan melepaskan sesuatu alat, seperti pemampat penyaman udara atau pengecas lampau.
sprag clutchcekam sehalaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam dalam sistem penghantaran automatik, yang memindahkan kuasa pada satu arah sahaja, tidak pada arah yang bertentangan.
12345678

Kembali ke atas