meniskus | meniskus | Fizik | Mekanik | 1 (cecair) Permukaan turus cecair yang berbentuk cekung atau cembung disebabkan tindakan rerambut. 2 (kanta) Kanta cembung-cekung atau cekung-cembung. |
concave scraper | pengikis cekung | Kesenian | Tiada | Alat untuk mengikis permukaan yang cekung. |
inward curve | kelim cekung | Kesenian | Tiada | Lapik yang dijahit pada garisan cekung yang perlu dikacip sebelum dikemaskan. Contohnya: lapik pada leher bulat atau leher bentuk U. |
concave reflection grating | parutan pantulan cekung | Fizik | Optik | lih. parutan cekung. |
round plane | ketam cekung | Kesenian | Tiada | Ketam untuk melicinkan permukaan kayu yang berbentuk cekung atau bulat. |
concave programming | pemprograman cekung | Pentadbiran | Tiada | Masalah pengoptimuman kekangan tak linear yang mana fungsi objektifnya cekung dan semua kekangan adalah cembung. |
stigmatic concave grating | parutan cekung stigmatik | Fizik | Optik | Parutan yang terdiri daripada lurah-lurah selari pada permukaan optik cekung yang mempunyai kuasa pemfokusan yang sama. |
concave grating | parutan cekung | Fizik | Optik | Parutan pantulan yang diperbuat dengan bentuk lurah lurus dengan jarak yang sama di sepanjang rentasan permukaan sfera cekung atau cermin parabola. Parutan ini digunakan untuk mengkolimat dan memfokus cahaya yang jatuh ke atasnya. parutan Rowland. |
convex-concave | cembung-cekung | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk yang terdapat pada alat batu Zaman Neolitik dan dikategorikan sebagai beliung mudah. Bahagian atas badan berbentuk cembung manakala bahagian bawah badan berbentuk cekung. Bahagian matanya pula mempunyai sudut curam atau miring. Bentuk artifak ini pernah ditemui di tapak Jashpur (Chota Nagpur), India. |
positive meniscus lens | kanta meniskus positif | Fizik | Optik | Kanta yang mempunyai permukaan cembung dan cekung dengan jejari kelengkungan bagi permukaan cembung lebih kecil dari permukaan cekung. |