sweet shoot | cekur manis/asin-asin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Endemik | Endemic | Pertanian | Tiada | Spesies asli atau khusus ditemui pada satu kawasan tertentu, misalnya cekur merah di kawasan bukit batu kapur, pokok cerapu hanya terdapat di Malaysia dan endemik di sini. |
antioxidant | antioksidan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan. |
Fresh vegetable | Ulaman | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya. |
edible herb | herba boleh makan | Herba | Pemiawaian | Ulam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan. |
basal cutting | keratan pangkal | Pertanian | Agroteknologi | Keratan batang atau cabang yang diperoleh daripada bahagian pangkal pokok. Keratan pangkal biasanya lebih matang dan cepat mengeluarkan tunas berbanding dengan keratan di pucuk. Keratan pangkal biasanya dilakukan untuk tujuan pembiakan tanaman seperti pokok bunga raya, ubi kayu, cekur manis dan tebu. |
fresh vegetable | sayur segar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan. |