Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.li/] | چليق

Definisi : 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan kom­puter; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla; ~ mata sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, menge­tahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkat­­kan ~ seni di kalangan masya­rakat umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celik

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
numeracycelik angkaUmumTiadaTiada
kaimokucelikSukanTiadaArahan membuka mata setelah bermeditasi.
mokkaicelikSukanTiadaArahan memejamkan mata sebelum bermeditasi.
numeracycelik angkaUmumTiadaTiada
fashion consciouscelik fesyenKesenianTiadaKepekaan seseorang mengenai perkembangan fesyen pakaian.
visual literacycelik visualPendidikanTiadaKemahiran seseorang memahami, mentafsir dan memberi kesan balas kepada simbol visual yang dilihat seperti keadaan sebenar.
operational literacycelik operasiTeknologi MaklumatTiadaTiada
cultural literacycelik budayaUmumTiadaTiada
information literacycelik maklumatUmumTiadaTiada
social literacycelik sosialUmumTiadaTiada
1234

Kembali ke atas