cempaka | cempaka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu dalam famili Magnoliaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk cempaka hutan dan medang limo, dan di Sabah ialah kepayang ambuk. Spesies utama kayu ini termasuk Aromadendron elegans, A. nutans, Elmerilla mollis, Michelia champaca, M. montana, dan Talauma betongensis. Gubal kayu cempaka berwarna putih kuning muda, dan mudah dibezakan daripada coklat muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 545 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak ringan dan sederhana keras. Kayu cempaka mudah dikerjakan dan mempunyai kadar kecutan yang agak rendah, tetapi sukar dikeringkan. Kayu ini digunakan untuk hiasan kemasan dalaman, papan panel, perabot, dan lantai. |
bunga cempaka | bunga cempaka | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga cempaka. |
bunga cempaka Parit | bunga cempaka Parit | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka di Parit, Perak. |
kelarai bunga cempaka | kelarai bunga cempaka | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga cempaka. |
bunga cempaka kembang Teluk Intan | bunga cempaka kembang Teluk Intan | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka yang kembang di Teluk Intan, Perak. |
rantai bunga cempaka Kuala Kangsar | rantai bunga cempaka Kuala Kangsar | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka di Kuala Kangsar. |
Allamanda cathartica | Alamanda | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Apocynaceae ini juga dikenali sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, tiga hingga empat helai pada setiap buku batang. Daunnya berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng berwarna kuning. Tumbuhan jenis renik yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap Daun sebagai pelawas dan merangsang muntah tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akar digunakan untuk rawatan penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam, dan busung (ascites). Wap daripada rebusan pokok dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala. |
Allamanda cathartica | alamanda | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Apocynaceae yang dikenali juga sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun secara berselang, mempunyai tiga hingga empat helai daun pada setiap buku batang dan berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna kuning. Alamanda merupakan tumbuhan jenis renek yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap. Daunnya digunakan sebagai pelawas dan untuk merangsang muntah tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya juga digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akarnya digunakan untuk merawat penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam dan busung. Wap daripada rebusan tumbuhan ini dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala. |
saffron yellow | kuning cempaka | Kesenian | Tiada | Tiada |
attractive plant | tumbuhan penarik | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang mempunyai sifat seperti bunga yang besar dan berwarna cerah atau berbau harum yang menjadi daya tarikan, terutamanya kepada serangga. Contohnya, pokok bunga cempaka. Kadangkala tumbuhan penarik sengaja ditanam untuk menggalakkan kumbang menghampiri tumbuhan ini dan seterusnya menggalakkan pendebungaan. Tumbuhan penarik juga ditanam dalam pengeluaran lebah madu supaya populasi lebah berhampiran sarang lebah akan meningkat. |