cengal | cengal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Neobalanocarpushemii daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di semenanjung ialah penak, dan sering disalah anggap sebagai kayu daripada jenis lain, seperti balau, merawan, dan giam. Gubal kayu cengal berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat yang lebih tua apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 9805 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu cengal mudah diproses dan dikemas siap. Kayu cengal amat tahan dan tidak perlu diawet. Kayu ini maat sesuai untuk semua bentuk binaan berat, alas landasan kereta api, jambatan, dermaga, tiang eletrik, dan perabot kegunaan lasak. |
chengal pasir (Hopea odorata) | cengal pasir (Hopea odorata) | Pertanian | Tiada | Tiada |
chisel | pahat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kerja kayu yang terdiri daripada hulu dan bilah logam. Hulu pahat biasanya dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan balau, sementara bilah logam, dibuat daripada keluli yang terdiri daripada mata dan puting. Hulu pahat biasanya mempunyai temin yang dibuat daripada loyang atau besi untuk menahan hulunya daripada pecah. Pahat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan fungsinya, iaitu pahat umum, pahat peraut, dan pahat pelubang. |
resin | damar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Eksudat yang diperolehi daripada pokok-pokok kayu terutamanya daripada famili Dipterocarpaceae. Damar ini tidak sekeras kopal, dan contoh yang paling penting ialah damar penak daripada pokok cengal, Neobalanocarpus hemii, dan damar kucing yang diperolehi daripada genus Hopea. Bahan ini banyak digunakan sebagai varnis dan gegala. |
burial mounds | busut kubur | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kuburan yang ditandai kesan tanah berbentuk busut. Contoh ini ditemui di Kampung Sungai Lang (Selangor). Dua gendang gangsa bersekedudukan terbalik antara satu sama lain diletakkan di atas kepingan kayu cengal (perahu). Bekal pengebumian seperti manik kaca berwarna merah, pecahan besi dan pecahan tembikar tanah menunjukkan upacara ritual dilaksanakan sebelum pengebumian. Artifak seperti manik batu kristal tembikar tanah dan dua mangkuk gangsa juga ditemui di dua busut berhampiran. |
rate of feed | kadar penghuluran | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kelajuan pergerakan potongan kayu atau balak melalui mesin atau gergaji semasa proses pemotongan. Nilai ini biasanya dinyatakan dalam meter per minit atau kaki per minit. Kadar ini dipengaruhi oleh ketumpatan kayu berkenaan. Misalnya, kayu cengal yang lebih tumpat memerlukan kadar penghuluran yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan kayu jelutung. |
structural timber | kayu struktur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang digunakan sebagai rangka asas dan struktur penyangga beban yang lain. Ciri utama dalam pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis kayu ialah sifat kekuatannya. Di Malaysia, kayu daripada kategori kayu keras berat dan kayu keras sederhana, seperti cengal, balau, belian, kempas, kapur, dan keruing yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Sin: kayu binaan. |
primary timber species | spesies kayu primer | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesies kayu yang mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran, dan yang lebih banyak diusahasilkan dari hutan. Di Malaysia, spesies kayu primer termasuk kayu dagangan utama, seperti meranti merah; kayu yang mempunyai nilai ketahanan semula jadi yang lama, seperti cengal; atau kayu yang mempunyai kegunaan tertentu, seperti jelutung. |
hardwoods | kayu keras | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon yang menghasilkan kayu. Istilah ini merupakan pengelasan, dan tidak ada kaitan dengan nilai kekerasan sebenar sesuatu kayu. Kayu keras biasanya mempunyai struktur anatomi yang lebih kompleks daripada kayu lembut, dan mengandungi vesel atau liang, gentian dan parenkima. Contoh kayu keras ialah ok, cengal, dan jelutung. Di negara yang kayu lembutnya tidak mempunyai nilai dagangan yang penting, seperti Malaysia, istilah ini tidak mempunyai kaitan dengan makna asalnya. Misalnya kayu keras yang ringan dan lembut seperti jelutung dirujuk sebagai kayu lembut, walaupun sebenarnya kayu ini termasuk dalam kumpalan tumbuhan Angiospermae. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, kayu-kayu Malaysia dikelaskan kepada kayu kerat berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut. |
trestle | penopang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Rangka kayu yang terdiri daripada bahagian mendatar yang biasanya disokong oleh dua kaki condong, dan diperkuat dengan kayu silang. Penopang berfungsi menyangga binaan seperti bagan, jambatan, jeti atau pelantar di tepi sungai. Binaan ini biasanya terendam di dalam air dan memerlukan kayu yang tahan lama dan diawet, seperti cengal, bitis, belian, keruing, dan bakau. |