erythromelalgia | eritromelalgia | Perubatan | Tiada | Penyakit pada bayi atau kanak-kanak yang dicirikan oleh sakit, bengkak dan tangan serta kaki yang berwarna merah jambu, juga tekanan darah yang tinggi, fotobia, kehilangan gigi dan nadi yang cepat. Sinonim akrodinia, eritroedema. |
erythredema polyneuropathy | eritredema polineuropati | Perubatan | Tiada | Penyakit pada bayi atau kanak-kanak yang dicirikan oleh sakit, bengkak dan tangan serta kaki yang berwarna merah jambu, juga tekanan darah yang tinggi, fotobia, kehilangan gigi dan nadi yang cepat. Sinonim akrodinia, eritroedema, eritromelalgia. |
arsine poisoning | keracunan arsina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan terhadap gas arsin (formula kimia, AsH3) yang tersangat toksik. Gas arsin kadangkala boleh ditemui secara tidak sengaja dalam proses industri, misalnya apabila aloi seperti ferosilikon (yang mungkin tercemar dengan arsenik) terkena air. Had toleransi ialah 0.05 ppm dalam udara. Tanda utama keracunan akut ialah hemolisis. Pendedahan terhadapnya menyebabkan muka pedih, dan selepas 3 - 4 jam mengakibatkan ketat dada, disfagia, loya dan muntah, cirit-birit, dan abnormalitis elektrokardiografik. Kemudian, edema pulmonari, hemolisis masif, sianosis, hemoglobinuria, kegagalan renal, dan kerosakan hati boleh terjadi. Hati dan limpa mungkin membesar. Pada 10 ppm, arsina dengan cepat menyebabkan delirium, koma dan kematian. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan anemia dan hilang berat badan, polineuritis, neuritis optik, anestesia, parestesia (misalnya, pedih pada tangan dan kaki), sirosis hati, loya dan muntah, kejang abdomen, dan peliuran. |