exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale ole |
fable | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudian |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |
animal tale | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang pendek, sederhana dan binatang berperanan sebagai tokoh utamanya. Contoh: tokoh kancil dan cerita-cerita Sang Kancil. |
nursery tale | cerita kanak-kanak | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang pendek, bersifat didaktik serta menghiburkan untuk kanak-kanak. Cerita ini biasanya menggunakan watak kanak-anak dan binatang yang diberikan sifat manusia. Cerita ini mengandungi unsur magis dan fantasi untuk menarik minat kanak-kanak. Cerita kanak-kanak mempunyai plot yang mudah dengan tema yang menyelitkan unsur moral yang jelas. Kebanyakan cerita kanak-kanak ialah cerita tradisional yang disampaikan secara lisan, tetapi ada juga cerita yang ditulis dan dibacakan. Contoh cerita kanak-kanak yang popular di Barat ialah Ginger Bread Man, Goldilocks and the Three Bears dan Jack and the Beanstalk. Dalam masyarakat Melayu, cerita yang popular ialah cerita Awang kenit dan Sang Kancil. |
cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |
folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik. |
fable | dongeng binatang/cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang. |
fable | dongeng binatang/cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang. |
fable | dongeng binatang/cerita binatang | Sejarah | Tiada | Cerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang. |