Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.na] | چرنا

Definisi : ark 1. hancur jadi sebati (bercampur, satu); 2. (bkn makanan dlm perut), hadam, hancur jadi cair, larut; mencerna menjadi hancur (luluh); mencernakan 1. menghadamkan, meng­hancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll): Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah; tercerna 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan; ketercernaan perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dicernakan, keterhadaman; pencernaan proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.na] | چرنا

Definisi : 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digestcernaPerubatanTiadaCerna: Menukarkan makanan menjadi sebatian yang lebih ringkas di dalam salur pencernaan supaya ia dapat diserap.
MD5 (message digest 5)MD5 (cerna mesej 5)Teknologi MaklumatTiadaAlgoritma tandatangan digital yang digunakan untuk menentusahkan integriti data dengan penciptaan 128 bit cerna mesej daripada input data. MD5 dibangunkan oleh Profesor R.L. Rivest dari MIT. MD5 optimum untuk mesin 32 bit.
digestible crude proteinprotein kasar boleh cernaVeterinarTiadaKuantiti protein kasar yang boleh dicerna dan diserap oleh haiwan. Kuantiti ini dikaitkan dengan kandungan protein yang terdapat dalam bahan makanan tersebut. Nilai protein kasar ini penting bagi merumus sesuatu rangsum yang berbeza mengikut jenis haiwan yang menggunakannya. Kaedah pengiraan nilai protein kasar boleh cerna ialah jumlah protein kasar yang dimakan oleh haiwan ditolak dengan protein kasar yang terdapat dalam najis haiwan tersebut.
total digestible nutrient (TDN)jumlah nutrien boleh cernaVeterinarTiadaSatu bentuk penilaian yang diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk menganggarkan kandungan tenaga dalam makanan. Penilaian ini merupakan bahagian atau peratusan daripada jumlah nutrien yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, protein, lemak serta serabut kasar yang terkandung dalam makanan dan boleh dicerna serta diserap untuk keperluan badan. Formula: TDN (%) = % DCP + % DCF + % DNFE + 2.25 x % DEE. DCP, DCF, DNFE dan DEE masing-masingnya ialah protein kasar tercerna, serabut kasar tercerna, ekstrak bebas nitrogen tercerna dan lemak kasar tercerna. Jumlah nutrien boleh cerna bagi rumput kering ialah 52% manakala jagung 80%.
assimilatecernaFizikTiadaTiada
digestcerna; ringkasanPerpustakaanTiadaTiada
digestcernaPertanianTiadaTiada
digestcernaPerhutananTiadaTiada
digestcernaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
reduction digestioncerna penurunanKomunikasi MassaTiadaTiada
1234

Kembali ke atas