Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cia] | چيا

Definisi : kep Central Intelligence Agency (Agensi Perisik Pusat, iaitu agensi Amerika Syarikat yg tugasnya ialah mendapatkan dan mengum­pulkan maklumat rahsia terutamanya yg ber­kaitan dgn keselamatan negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cia] | چيا

Definisi : kep lanca (beca). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cia] | چيا

Definisi : Kl anak drpd cicit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cacciacacciaMuzikTiada

 Sejenis putaran yang berasal dan Itali semasa Ars nova. Cac­cia mengandungi dua bahagian berteks yang dipersembahkan secara kanon tegas dan satu lagi bahagian tenor tanpa teks yang menyokong harmoni. Baris tenor ini tidak berkaitan dengan dua baris berteks yang dinyanyikan. Kandungan teks antaranya tentang kisah pemburuan dan alam semula jadi.

Bay of Pigs InvasionSerangan Bay of PigsSains PolitikHubungan AntarabangsaCubaan untuk menggulingkan kerajaan Cuba pimpinan Fidel Castro oleh pemimpin buangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1961 ekoran ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan rejim Castro. Ketegangan hubungan kedua-dua negara memaksa Presiden Dwight D. Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba pada bulan Januari 1961. Sementara itu, ejen Perisikan Pusat Amerika (CIA ) telah melatih pejuang antirevolusi Cuba yang berada dalam buangan untuk melancarkan penaklukan terhadap Cuba. Rancangan penaklukan ini telah disokong oleh Presiden John F. Kennedy yang menggantikan Eisenhower pada 17 April 1961. Lebih kurang 1300 pejuang dalam buangan yang dilengkapkan dengan senjata Amerika Syarikat mendarat di Bay of Pigs di Selatan Cuba. Penaklukan ini gagal mendapat sokongan rakyat tempatan dan berjaya dipatahkan oleh tentera Castro pada 19 April 1961.
intelligence serviceperkhidmatan risikanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkhidmatan yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat rahsia. Kegiatan pengumpulan rahsia ini biasanya dilakukan bagi pihak negara tertentu. Contohnya, di Britain terdapat dua organisasi yang menyediakan perkhidmatan risikan, iaitu Perkhidmatan Risikan Rahsia (MI6) yang beroperasi di luar negara dan Perkhidmatan Risikan (MI5) yang beroperasi di dalam negara Britain. Keduadua perkhidmatan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan maklumat bagi tujuan perisikan dan juga menentang serta membalas aktiviti perkhidmatan perisikan yang lain. Di Amerika Syarikat pula, Biro Penyiasatan Federal (FBI) ialah ejen perisikan domestik, manakala Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah ejen perisikan yang mempunyai kegiatan yang melibatkan perisikan luar negara.
ZionismZionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang dibentuk khas untuk memperjuangkan kedudukan bangsa Yahudi di Palestin yang kini lebih dikenali sebagai negara Israel. Idea ini mahu mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang pernah berkuasa di tanah itu. Idea ini mendapat sokongan kuat penduduk Yahudi di seluruh dunia dan beberapa kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Zionisme tidak sahaja menjelma dalam bentuk perjuangan politik dan ketenteraan tetapi juga dalam falsafah, ideologi, propaganda, media dan sebagainya. Gerakan ini turut menyerap dalam pelbagai pertubuhan politik dan keselamatan yang penting seperti CIA di Amerika Syarikat, akhbar dan majalah penting di dunia.

Kembali ke atas