Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cipluan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Physalis minimacipluanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil yang bercabang dalam famili Solanaceae, yang dikenali juga sebagai cipulan atau letup-letup. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar yang banyak mengandungi bahan organik. Ketinggiannya boleh mencapai 50 cm. Daunnya jenis ringkas dan tersusun berselang. Daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi jarang. Bunganya kecil berwarna merah jambu dan berbintik perang. Buahnya kecil dan bulat diselubungi kaliks yang bercantum. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna kekuning-kuningan. Daunnya ditumbuk dibuat pupuk untuk merawat sakit kepala, sakit perut, gatal kulit dan sakit sendi. Air rebusan diminum untuk merangsang kencing, mengurangkan tekanan darah dan panas badan. Buahnya mengandungi alkaloid, asid sitrik, asid malik, gula, vitamin A dan C. Buah yang masak mengandungi sedikit fisalin, yang boleh menyebabkan pening sekiranya dimakan berlebihan.

Kembali ke atas