petaling | petaling | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Ochanostachys amentacea. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah degung, di Sabah ialah tanggal dan tangkal, dan di Sarawak ialah petikal dan sentikal. Gubal kayu petaling berwarna coklat kuning atau coklat atau coklat merah muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat merah tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu petaling agak mudah dikerjakan, sederhana tahan tetapi lambat mengering. Kayu petaling sesuai untuk cerucuk, kerja binaan sederhana, perabot dan kotak. |
dungun | dungun | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Heritiera littoralis daripada famili Sterculiaceae. Nama lain di Sabah ialah dungun laut dan melabu. Gubal kayu dungun berwarna coklat muda atau coklat kemerahan, dan berunsur-unsur bersebati dengan teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 785 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan berat. kayu dungun kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering, dan mempunyai ketahanan. Kayu ini digunakan untuk struktur binaan sederhana dan berat; dan sebagai kayu cerucuk, tiang, lantai tahan lasak, hulu perkakas, dan sampan. |
chocolate tempering | pembajaan coklat | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses meningkatkan kilatan, daya tahan dan kekerasan coklat dengan kaedah pemanasan dan penyejukan. Coklat baja sangat berkilat, keras dan cair sempurna pada suhu badan. |
hessonite | hesonit | Geologi | Tiada | Sejenis garnet grosular yang lut sinar, berwarna coklat kuning atau coklat kemerahan, mengandungi besi, dan digunakan sebagai permata. |
hessonite | hesonit | Kimia | Tiada | Sejenis garnet grosular yang lut sinar, berwarna coklat kuning atau coklat kemerahan, mengandungi besi, dan digunakan sebagai permata. |
brownstone | batu coklat | Geologi | Tiada | Batu pasir berbesi yang berwarna coklat atau tengguli dan mengandung butiran yang biasanya bersalut dengan oksida besi. |
black forest coupe | kup black forest | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kup daripada ais krim vanila dengan campuran ceri, brandi dan likuor dan dihias dengan krim putar bentuk kon, coklat gulung, ketulan coklat dan wafer. |
brown coal | batu arang coklat | Geografi | Tiada | Batu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini. |
brown coal | batu arang coklat | Geologi | Tiada | Batu arang berwarna coklat hingga hitam kecoklatan dan dari segi darjat, terletak di antara gambut dan lignit A. Struktur tumbuh-tumbuhan asal biasanya dapat dilihat pada batu arang ini. |
brown soil | tanih coklat | Geografi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai permukaan berwarna coklat dan subpermukaan berwarna cerah di atas longgokan kalsium karbonat. Kumpulan tanih ini terbentuk dalam iklim semigersang yang sederhana hingga sejuk. |