Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coklat 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petits fourspetits foursPentadbiran PerniagaanTiadaKek kecil berhias atau kek coklat berukuran 1/2 hingga 1cm yang dihidang bersama kopi selepas manisan atau desert.
brookitebrukitGeologiTiada1. Mineral ortorombus berwarna coklat, kemerahan, atau hitam, mempunyai kekerasan 5.5-6 pada skala mohs, dan graviti tentu 3.87-4.08:TiO2.
bronzegangsaPerubatanTiadaAloi tembaga berwarna coklat yang mengandung 1 - 10% timah.
bronzegangsaKimiaTiadaAloi tembaga berwarna coklat yang mengandung 1 - 10% timah.
bronzegangsaKesenianTiadaAloi tembaga berwarna coklat yang mengandung 1 - 10% timah.
tartarKejuruteraanPetroleum1) Sisa yang berwarna antara hitam dengan coklat tua dan berkelikatan sangat tinggi, yang tertinggal selepas penyulingan bahan-bahan organik seperti kayu, gambut, batu arang dan lain-lain dijalankan. 2) Sisa yang berwarna hitam, pekat lagi likat, yang tertinggal selepas proses penyulingan petroleum. Istilah tar kadangkala dipakai untuk merujuk kepada bahan seperti ini tetapi sebenarnya pemakaian ini adalah tidak tepat.
hantu durihantu duriPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Zanthoxylum spp. daripada famili Rutaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah cengkering, dan spesies utamanya Zanthoxylum muriacanthum dan Z. rhetsa. Gubal kayu ini sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning atau coklat kekuningan. Tekstur kayu agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan sederhana keras serta ringan dan sederhana berat. Kayu ini mudah diprosese dan dikeringkan, tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat lanta , gelegar, hulu perkakas, tongkat kayu, dan juga digunakan dalam pembuatan perabot bermutu tinggi. 1,2,3,4,5,6-heksaklorosikloheksana Lihat gamma BHC
delekdelekPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisophyllea spp. daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah hampas dadah, dan di Sarawak ialah mertama. Spesies utama kayu ini termasuk Anisophyllea apetala dan A. griffithii. Gubal kayu delek tidak berbeza daripada teras kayunya, biasanya berwarna coklat merah atau jingga tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata disebabkan saiz ruji yang lebar dengan ira yang agak lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan amat berat. Kayu delek mudah dikerjakan dan dikeringkan, mempunyai kadar kecutantangen yang tinggi, iaitu 7.1 peratus, dan agak tahan tetapi sukar di awet. Rujinya yang lebar menghasilkan pola ira yang menarik, dan sesuai untuk kemasan dalaman, perabot hiasan, papan panel, dan lantai parket.
p-phenylenediamine poisoningkeracunan p-fenilenadiaminaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan p-fenilenadiamina (formula kimia, C6H8N2), iaitu bahan yang digunakan dalam pencelup. Bahan ini boleh menyebabkan metemoglobinimea, pemekaan, kerengsaan, kerosakan kornea, kerosakan buah pinggang dan hati, dan kesan pada sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Dermatitis yang terjadi dicirikan dengan kulit berair, berkuping, dan gatal. Had pendedahan ialah 0.1 mg/m3), dan LD50 ialah 100 mg/kg. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, hemolisis dan kerosakan buah pinggang, hati dan limpa.

Kembali ke atas