color palette | palet warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang selalu digunakan untuk menjimatkan ruang fail apabila mencipta imej warna 8-bit. Setiap piksel akan mengandungi nilai 8-bit yang mengandungi nombor indeks yang merujuk palet warna. Palet warna mengandungi 256 pratakrif nilai RGB mulai 0 hingga 255. Kaedah ini menjimatkan jika dibandingkan dengan setiap piksel mengandungi nilai RGB masing-masing yang memerlukan 24 bit. Juga dikenali sebagai jadual warna atau peta warna atau jadual carian warna. |
color graphics adapter (CGA) | penyesuai grafik warna (CGA) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian yang dibangunkan oleh IBM untuk memaparkan imej pada skrin komputer peribadi. Resolusi paparan CGA ialah 320 x 200 piksel dengan empat warna atau 640 x 200 piksel dengan satu warna. Piawaian ini telah tidak digunakan lagi. Lihat mod paparan. |
color bits | bit warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Bilangan bit yang mewakili warna bagi setiap piksel. Lihat kedalaman bit. |
color look-up table (CLUT) | jadual carian warna (CLUT) | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat palet warna. |
color depth | kedalaman warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kedalaman bit, bit warna. |
color key | kunci warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik untuk menindih imej video kepada imej video lain. Contohnya untuk membuatkan bas terapung di laut. Imej bas diletakkan di atas latar belakang biru. Kemudian imej bas dan lautan diimbas serentak. Lautan akan dibuat supaya kelihatan apabila latar belakang (biru) wujud dalam imej bas. Lautan tidak kelihatan atau terpadam apabila bas terpampang (tanpa latar belakang). |
color model | model warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik atau kaedah bagi mewakili atau memerihalkan warna untuk paparan dan cetakan. Contohnya RGB, CMYK, HSB, HSL dan YUV. |
color palette | palet warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang selalu digunakan untuk menjimatkan ruang fail apabila mencipta imej warna 8-bit. Setiap piksel akan mengandungi nilai 8-bit yang mengandungi nombor indeks yang merujuk palet warna. Palet warna mengandungi 256 pratakrif nilai RGB mulai 0 hingga 255. Kaedah ini menjimatkan jika dibandingkan dengan setiap piksel mengandungi nilai RGB masing-masing yang memerlukan 24 bit. Juga dikenali sebagai jadual warna atau peta warna atau jadual carian warna. |
color separation | pemisahan warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemisahan gambar mengikut warna bagi menyediakan negatif dan plat untuk cetakan warna. Warna sepenuhnya memerlukan empat pemisahan warna iaitu warna sian, magenta, kuning dan hitam (CMYK). Lihat CMYK. |