cuprum (Cu) | kuprum (Cu) | Fizik | Tiada | Tiada |
reducing sugar | gula penurun | Herba | Fitokimia | Sebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis. |
complex salt | garam kompleks | Kimia | Tiada | Garam yang terbentuk daripada tindak balas kation kompleks seperti [Cu(NH3)4]2+ dengan anion ringkas seperti CI-, untuk menghasilkan Cu(NH3)4CI2; atau daripada tindak balas kation ringkas seperti Na+ dengan anion kompleks seperti [AIF6]3-, untuk menghasilkan Na3AIF6; atau daripada tindak balas kation kompleks seperti [Co(III)(NH3)6]3+ dengan anion kompleks seperti [Co(III)(NO2)6]3-, untuk menghasilkan [Co(III)(NH3)6] [Co(III)-(NO2)6]. |
copper | kuprum | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan IB (atau 11) jadual berkala, simbol Cu, nombor atom 29, berat atom 63.55, nombor pengoksidaan +2 dan +3, takat lebur 1083oC takat didih 2595oC, berbentuk logam mulur berwarna merah, konduktor yang baik, tahan kakis, terdapat dua bentuk isotop yang stabil, iaitu Cu-63 dan Cu-65. Sumber semula jadi kuprum ialah bijih kuprit, kuprum pirit, malakit, kovelit dan azurit. Kuprum digunakan untuk membuat aloi, dawai elektrik, perkakas dapur, dan sebagai mangkin. |
labile complex | kompleks labil | Kimia | Tiada | Sebatian kompleks yang liganya cepat diganti dengan ligan lain (dalam masa kurang daripada satu minit). Misalnya, kompleks kuprum, Cu(NH3)42+ dalam asid cair menghasilkan Cu(H2O)62+ dan NH4+ dengan cepat. |
close-up (CU) shot | tangkap dekat | Pendidikan | Tiada | Teknik menangkap gambar dalam fotografi, pengeluaran filem atau televisyen dari jarak dekat dengan menampakkan sebahagian subjek. |
copper | kuprum | Veterinar | Tiada | Simbol: Cu. Unsur logam berwarna gangsa yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini penting dalam beberapa sistem enzim dan terlibat dalam pertumbuhan rambut dan pembentukan pigmen. Kuprum bergabung bersama-sama ferum dan vitamin B12 terlibat dalam pembentukan hemoglobin. Unsur ini banyak berinteraksi dengan unsur lain. Contohnya, dengan kehadiran sulfur, keperluan kuprum meningkat jika molibdenum berlebihan. Kekurangan kuprum boleh merencat kemampuan haiwan untuk menyerap ferum. Pengambilan kuprum yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan kerana ia terkumpul di dalam hepar dan tidak boleh dibebaskan. Biri-biri dan kambing sangat rentan kepada keracunan unsur ini. Tanda-tanda yang dapat dilihat ialah jaundis, kurang selera makan, kencing berdarah dan boleh membawa kematian. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada molases, hasil sampingan kelapa sawit dan yis. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isipadu dirian dalam hutan atau isipadu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
cufraneb | kufraneb | Biologi | Patologi | Nama am fungisid pelindung dalam kumpulan ditiokarbamat yang mengandungi Cu, Fe dan Zn. Fungisid ini mempunyai spektrum yang sangat luas. |
ethanoate | etanoat | Kimia | Tiada | Garam atau ester asid etanoik yang mengandungi radikal CH3COO–. Misalnya, kuprum etanoik, Cu-(CH3COO)2, dan etil etanoik, CH3COOC2H5. Nama umumnya ialah asetat. |