holiday effect | kesan cuti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kesan ke atas harga hasil daripada peristiwa percutian dengan pulangan purata saham tertentu yang didapati lebih tinggi pada hari dagangan sebelum hari cuti umum seperti yang didapati dalam kajian empirikal. |
judicial notice | notis kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Peraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen |
distributed learning | distribusi pembelajaran | Psikologi | Psikologi Umum | Satu teknik pembelajaran yang diutarakan oleh Hull yang menggunakan amalan berselang. Teknik ini berlawanan dengan teknik pembelajaran mampatan. Prestasi individu yang mengulang kaji bahan pembelajaran dengan selang masa yang panjang akan lebih baik daripada individu yang memampatkan masa pembelajarannya kerana teknik ini meningkatkan daya ingatan jangka panjang. Contohnya, pelajar yang menggunakan teknik ulang kaji ini, boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Oleh itu, sebarang peperiksaan perlulah diadakan selepas cuti rehat kerana kesan selangan ke atas ulang kaji boleh meningkatkan prestasi individu. |