euphoria | euforia | Perubatan | Tiada | Keriangan yang abnormal atau berlebihan. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh dadah-dadah tertentu atau penyakit mania. |
doping | salah guna dadah | Sukan | Tiada | 2. Salah guna dadah: Penggunaan dadah atau bahan larangan yang boleh meningkatkan prestasi seseorang peserta. |
illicit drug | dadah terharam | Perubatan | Tiada | Dadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja. |
drug tolerence | tolerensi dadah | Biologi | Mikrobiologi | Perihal kerintangan dadah yang wujud akibat pendedahan yang berulang-ulang terhadap dadah tersebut. |
drug addicts | penagih dadah | Perubatan | Tiada | Individu yang bergantung kepada dadah daripada kumpulan tertentu yang bukan disebabkan oleh penyakit. Pemberhentian pengambilan dadah akan menyebabkan sindrom sarak yang menghasilkan gejala fizikal atau psikologi. Kumpulan ini berisiko tinggi mendapat penyakit psikiatri dan penyakit bawaan darah seperti AIDS dan Hepatitis B. |
pharmacotherapy | farmakoterapi | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi yang menggunakan dadah atau ubat untuk merawat gangguan psikologi atau emosi. Dadah tertentu boleh digunakan untuk melegakan serangan kebimbangan atau ketidakselesaan akibat kecelaruan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun, dadah lebih banyak digunakan untuk mengubati kecelaruan psikologi yang lebih teruk seperti skizofrenia dan kecelaruan hati atau suasana hati major. Contohnya, dadah antipsikoti atau trankuilizer utama seperti torazina digunakan untuk mengurangkan halusinasi dan delusi. |
pharmacopeia | farmakopeia | Perubatan | Tiada | Terbitan rasmi yang mengandungi maklumat tentang dadah; maklumat ini antaranya termasuklah peraturan penyediaan dadah, sediaan yang dapat diperoleh, ujian kimia untuk mengenal pasti dadah dan ketulenannya serta formula bagi pecahan untuk campuran tertentu; maklumat ini juga mengandungi kenyataan tentang dos terapeutik dan toksik. |
enzyme-multiplied immunoassay technique | teknik imunoasai tergandaan enzim | Sains Forensik | Tiada | Ujian imunoenzim yang menggunakan antibodi untuk mengesan kehadiran dadah dalam cecair tubuh. Antibodi akan dimasukkan ke dalam sampel dadah yang sedang diuji dan akan melekat pada molekul dadah sekiranya terbukti memang benar seseorang itu telah mengambil dadah. Singkatan EMIT. |
stimulants | perangsang | Psikologi | Psikologi Umum | Dadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian. |
analgesic drug | dadah analgesia | Perubatan | Tiada | Dadah yang dapat melalikan kesakitan tanpa hilangnya kesedaran. |