Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
call backpanggil semulaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah bagi mengenal pasti terminal jauh. Dalam kaedah ini, sistem hos memutuskan hubungan dengan pemanggil dan kemudian menelefon nombor terminal jauh yang sah bagi mengembalikan hubungan yang terputus. Walau bagaimanapun penggunaan nya dalam capaian jauh adalah terhad kerana teknologi yang semakin maju. Sinonim dail semula.
ornithineornitinKimiaBiokimiaAsid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan.
pH electrodeelektrod pHBioteknologiTiadaElektrod untuk mengukur kepekatan ion hidrogen dan diperbuat daripada platinum yang direndam di dalam larutan yang pH-nya hendak ditentukan. Gas hidrogen disalurkan pada permukaannya pada tekanan 1 atmosfera. Daya elektromotif elektrod dalam 1.0 M H30+ ialah sifar. Perbezaan keupayaan antara elektrod dan elektrod piawai diukur dan digunakan untuk menghitung kepekatan H30+.
maltosemaltosaKimiaBiokimiaDisakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida.
request for comments (RFC)mohon komen (RFC)Teknologi MaklumatTiadaSuatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822.
sharewareperisian kongsiPendidikanTiada

 Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh ter-tentu. Selepas tempoh tersebut, anda dikehendaki membeli-nya. Setelah anda membelinya, versi perisian terkini akan diberikan.

bitonalitydwitonalMuzikTiada

 Dua tonaliti yang berlainan berlaku secara serentak. Contoh­nya, tonaliti C major dengan F-sharp major wujud serentak dalam sesuatu karya. Dwitonal diperkenalkan pada awal abad ke-20. Contohnya, Petroushka (1910-1911) oleh Stravinsky. Lihat juga  politonal.

mail order advertisingpengiklanan pesanan posKomunikasiKorporatPengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal.
cyanidesianidaKimiaTiada1. Garam tak organik yang mengandungi ion sianida, CN‒. Sianida sangat beracun kerana keupayaan ion CN‒ nya untuk bergabung dengan ferum di dalam hemoglobin lalu menyekat pengambilan oksigen oleh arah. 2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida.
compound interest diseasepenyakit bunga majmukBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas.
123

Kembali ke atas