Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatan­nya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (men­du­duk­kan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (per­­hubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan na­sihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk mem­berikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damping I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
damping vectorvektor lembapanFizikTiadaTiada
damping rationisbah lembapanFizikTiadaTiada
damping oscillationayunan pelembapanFizikTiadaTiada
damping factorfaktor lembapanFizikTiadaTiada
damping exponentialeksponen pelembapanFizikTiadaTiada
damping diodediod pelembapanFizikTiadaTiada
damping coefficientpekali lembapanFizikTiadaTiada
damping capillaryrerambut pelembapanFizikTiadaTiada
dampinglembapanFizikTiadaTiada
damping effectkesan redamanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas