edge water | air pinggir | Kejuruteraan | Petroleum | Air yang bersentuhan dengan pinggir minyak dan/atau gas yang terdapat bersama-sama di dalam sesuatu formasi. Umumnya, air ini berada di horizon formasi terbawah dari horizon-horizon formasi lain yang mengandungi minyak dan/atau gas sehingga minyak dan/atau berkenaan terletak pada kedudukan struktur yang atas. Biasanya air ini juga akan menggantikan kedudukan minyak dan/atau gas yang bersentuhan dengannya apabila minyak dan/atau gas tersebut telah dikeluarkan dari formasi berkenaan. |
perforate under balanced | tebuk bawah imbangan | Kejuruteraan | Petroleum | Menebuk tetiub, selongsong dan/atau formasi dalam keadaan tekanan di dalam tetiub dan/atau selongsong yang diakibatkan oleh bendalir yang terdapat di dalamnya lebih kecil daripada tekanan formasi pada kedalaman yang tertentu. Dengan demikian arah pengurangan tekanan adalah arah lubang telaga. Dengan ini bendalir dari formasi akan mengalir ke dalam lubang telaga sebaik sahaja terbentuknya lubang tebukan pada telaga berkenaan. |
line | talian | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Paip (sebarang ukuran) panjang yang melaluinya cecair dan/atau gas mengalir. Biasanya digunakan untuk mengalirkan cecair dan/atau gas dari suatu tempat ke tempat yang lain. 2) Tali atau tambang yang diperbuat daripada serabut atau dawai. 3) Dawai elektrik yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik. |
allantois | alantois | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pundi-pundi membran pada bahagian posterior saluran makanan yang berfungsi sebagai organ pernafasan dan/atau organ pemakanan dan/atau organ perkumuhan embrio vertebrat peringkat tinggi. |
jitter | ketar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ketakstabilan isyarat, pada amplitudnya dan/atau fasanya, disebabkan gangguan mekanik atau perubahan pada voltan bekalan, ciri-ciri komponen atau sebagainya.,2. Ralat pada amplitud dan/atau fasa isyarat, yang menyebabkan aberasi yang kecil dan deras pada saiz atau kedudukan bayangan tiub sinar katod.,3. Ralat kesegerakan di antara penghantar faksimile dengan penerima seperti yang muncul sebagai gerigi pada salinan.,4. Gerigi pada salinan faksimile yang diterima disebabkan sesaran beralat bagi bintik terakam di arah pengimbasan.,5. Aberasi atau papar berulang-ulang, yang menandai ketakstabilan bagi isyarat atau osiloskop.,6. Kehilangan kesegerakan disebabkan kegagalan mekanik atau elektrik.,7. Sejenis herotan talian komunikasi analog yang disebabkan oleh perubahan isyarat daripada kedudukan pemasaan rujukannya, yang dapat menyebabkan ralat penghantaran data, terutamanya pada kelajuan yang tinggi. |
margin securities | sekuriti margin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti yang boleh dibeli dan/atau dijual bagi sesuatu akaun margin mengikut undang-undang dan sekuriti ini hanya layak dibeli dan/atau dijual dengan margin. |
boarding house | rumah penginapan | Undang-undang | Tiada | Rumah rai untuk tetamu dan/atau pelanggan, yang lebih bersuasana sebuah rumah daripada sebuah restoran atau hotel, dan di mana tetamu dan/atau pelanggan disediakan tempat untuk bermalam atau penginapan dengan dikenakan bayaran tertentu. |
formation damage | kerosakan formasi | Kejuruteraan | Petroleum | Pengurangan ketertelapan formasi di sekitar lubang telaga akibat masuknya bendalir dan/atau pepejal asing ke dalam formasi bersangkutan. Bendalir dan/atau pepejal tersebut biasanya berasal daripada bendalir penggerudian, bendalir pelengkapan atau bendalir ulang kerja. Umumnya, kerosakan formasi berlaku dalam jarak beberapa kaki sahaja dari lubang telaga. Daya pengeluaran telaga akan berkurang jika zon produktifnya mengalami kerosakan formasi. Rujuk: daya pengeluaran; zon produktif; ulang kerja |
allantois | alantois | Biologi | Fisiologi | Organ embrio berupa kantung bermembran yang keluar dari bahagian posterior salur alimentari pada vertebrat peringkat tinggi dan bertindak sebagai organ respirasi dan/atau organ nutrisi dan/atau organ eksresi. |
knockout | knockout | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pemisah yang berupa tangki atau penapis yang digunakan untuk memisahkan minyak, gas dan/atau air yang terdapat bersama-sama di dalam arus aliran bendalir telaga yang terdiri daripada minyak, gas dan/atau air. |