earning asset | aset berperolehan | Ekonomi | Tiada | Aset, sama ada aset kewangan seperti bon, atau aset fizikal seperti barang modal, yang dapat menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya. |
intercropping | tanaman selingan | Pertanian | Agroteknologi | Tanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan. |
accounting software | perisian perakaunan | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang membantu pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Perisian ini dapat membantu dalam penjanaan penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Contohnya, perisian Peachtree, MYOB, GnuCash dan UBS. |
agroforestry | agroperhutanan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pertanian yang menggabungkan tanaman perhutanan dengan tanaman pertanian dan pengeluaran ternakan dalam satu unit pengurusan. Sistem ini penting bagi menghasilkan produk yang pelbagai dan pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Tiap-tiap unit pengeluaran dapat saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, hasil sampingan tanaman dapat digunakan sebagai makanan ternakan, manakala najis ternakan dan daun pokok hutan yang telah reput dapat meningkatkan kesuburan tanah. Peningkatan biodiversiti dalam sistem ini akan memberikan keadaan yang lebih stabil berbanding dengan sistem monokultur. Lihat juga monokultur. |
Keynesian economics | ekonomi Keynes | Ekonomi | Tiada | Fahaman ekonomi tentang penentuan pendapatan negara dan guna tenaga yang melibatkan komponen sektor benar. Saranan utamanya adalah ekonomi mungkin mencapai keseimbangan walaupun terdapat pengangguran, dan dengan merangsang permintaan agregat, kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Mengikut fahaman ini, dasar fiskal melalui cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah yang paling baik untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Lihat juga model Keynes. Sinonim sistem Keynes. |
income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
use and occupancy insurance | insurans guna dan huni | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari pihak yang diinsuranskan tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan. |
spatial data | data ruang | Pertanian | Agroteknologi | Data yang dipamerkan dalam bentuk imej 2D atau 3D menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) seperti pada peta tanah. Keseimbangan antara input dengan pengeluaran dapat diselaraskan seperti pengurangan input dan pengurangan kos serta penggunaan kawasan yang berkesan dengan menggunakan data ruang untuk memaksimumkan pendapatan dalam pertanian. |
tax burden | beban cukai | Ekonomi | Tiada | Jumlah tanggungan cukai yang terakhir yang perlu dibayar oleh penanggung sebenar. Beban cukai tidak semestinya ditanggung oleh pembayar cukai yang asal, tetapi boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya, beban cukai pendapatan yang ditanggung sepenuhnya oleh pembayar berbeza dengan cukai eksais yang pada mulanya dibayar oleh pengeluar, tetapi dapat dipindahkan sebahagiannya atau sepenuhnya kepada pengguna. |
burden of taxes | beban cukai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tanggungan wajib individu atau organisasi ke atas segala bentuk cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepadanya. Cukai ialah sumbangan wajib kepada kerajaan tanpa dapat dikaitkan dengan sebarang faedah khusus yang diperolehi oleh pembayar cukai. Oleh sebab tiadanya faedah langsung ini, maka ia dianggap membebankan, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan barangan yang berfaedah untuk masyarakat. Antara bentuk beban cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan, import, eksport, perniagaan dan cukai tanah. |