[da.pa.ti] | داڤتي
Definisi : 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. menemui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd penyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)