interkitchen transfer | pindah antara dapur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pemindahan bahan-bahan makanan dari dapur ke dapur yang lain. |
dapur | dapur | Keris | Tiada | Bentuk mata keris sama ada, lurus atau berkeluk dan mempunyai berbagai-bagai perhiasan seperti belalai gajah, kambing kacang, gandik, dan rigi. |
dapur Anggrek | dapur Anggrek | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai tiga keluk dan pada bahagian belalai gajahnya hampir menyentuh bahagian gandik. Bentuk gerigi hampir sekata pada sebelah kiri dan kanannya. |
Dapur Anoman | Dapur Anoman | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai lima keluk dan mempunyai bentuk gerigi yang tidak sekata pada kedua-dua belah bahagian. |
Dapur Cundrik | Dapur Cundrik | Keris | Tiada | Dapur bagi jenis keris lurus yang mempunyai bentuk ganja yang terbalik. |
Dapur Megantara | Dapur Megantara | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai tujuh keluk. Pada bahagian tengah pangkal mata keris terdapat satu lurah yang berbentuk seperti alur. |
Dapur Santan | Dapur Santan | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai sebelas keluk dan terdapat gerigi pada bahagian belalai gajah. |
Dapur Bimo Krodo | Dapur Bimo Krodo | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai dua puluh lima keluk dan di bahagian kiri dan kanannya tidak terdapat banyak gerigi. |
Dapur Damar Murub | Dapur Damar Murub | Keris | Tiada | Dapur yang mempunyai satu keluk di bahagian hujung mata dan tidak mempunyai belalai gajah. |
Dapur Karno Tinanding | Dapur Karno Tinanding | Keris | Tiada | Dapur bagi jenis keris lurus yang mempunyai dua buah belalai gajah . |