disc refiner | ceper penghalus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Mesin yang terdiri daripada dua ceper bergigi yang menegak, satu daripada nya pegun dan yang satu lagi berputar. Mesin ini bergerak berterusan untuk meleraikan dan menghaluskan stok, biasanya serpai halus dalam penyediaan pulpa. |
cadmium plating | penyaduran kadmium | Kesenian | Tiada | Proses menyadur benda kerja dengan kadmium untuk menghindarkan permukaan nya daripada berkarat. |
ornithine | ornitin | Kimia | Biokimia | Asid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan. |
reannealing | penyepuhlindapan semula | Biologi | Genetik | Pemasangan molekul DNA bebenang tunggal yang mengandungi jujukan bes pelengkap untuk membentuk molekul dupleks. Penyepuhlindapan semula dan penyepuhlindapan berbeza dari segi molekul DNA masing-masing. Dalam penyepuhlindapan semula, molekul DNA nya adalah daripada sumber yang sama manakala dalam penyepuhlindapan molekul DNAnya adalah daripada sumber berlainan. asosiasi semula. |
crop | pangkas; tanaman | Geologi | Tiada | Tanaman: Keluaran yang di perolehi daripada pertanian bijiran, rumput, buah-buahan dsb.nya. |
advertorial | iklan rencana | Komunikasi | Korporat | Salah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak. |
garden compost mulch | sungkupan kompos kebun | Landskap | Tiada | Bahan penutup bumi yang diperbuat daripada buangan organik yang telah terurai. Contoh nya, bahan organik seperti daun atau rumput yang dipotong, dikompos hingga terlerai dan ditabur di pangkal pokok. |
تدليس التورية | tadlīs tawriyat | Agama Islam | Hadith | Perawi yang membaca Ḥadīth yang didengar daripada gurunya, kemudian berkata, “Aku telah mendengarnya … .” Perkataan “nya” di situ bermaksud Ḥadīth yang lain. |
white light corona | korona cahaya putih | Matematik | Tiada | Bahagian korona yang terdiri daripada korona K dan korona F yang bertindan dan korona E-nya hanya dapat dicerap pada panjang gelombang tertentu dengan bantuan kronograf Lyot di balai cerap yang tinggi tempatnya. |
raised grain | ira timbul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira yang sebahagian gelang pertumbuhan- nya timbul dan lebih tinggi daripada permukaan biasa. Keadaan ini terjadi disebabkan alat permotongan yang tumpul dan kadar pengecutan pemukaan yang tidak seragam. |