guest | tetamu; penginap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tetamu: Orang yang datang menjamu selera tanpa menginap di hotel.,2. Penginap: Orang yang menginap di hotel. |
checklist | senarai semakan | Perubatan | Tiada | 1. Senarai perkara yang harus diperhatikan dan dinilai apabila pesakit ortodontik datang untuk panggilan semula atau rawatan lanjut. |
back pointer | penuding belakang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti untuk menunjukkan titik dan arah sinaran tengah. 2. Hasil kiraan yang disebabkan oleh sinaran yang datang daripada punca selain daripada yang hendak diukur. |
subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
regenerative repeater | pengulang jana semula | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengulang yang menjana semula denyut untuk memulihkan rupa bentuk asal.,2. Pengulang dalam kegunaan telegraf, untuk memasakan semula dan menghantar semula dedenyut-dedenyut isyarat yang diterima, yang telah dipulihkan ke kekuatan asalnya.,3. Litar yang mensampel denyut-denyut yang datang dan menghantarnya semula dengan pemasaan yang sempurna dan tanpa herotan. |
control abstraction | pengabstrakan kawalan | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu. |