dementia | demensia | Perubatan | Tiada | Penyakit yang disebabkan gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya ingatan, daya berfikir, daya merancang dan penjagaan kendiri. |
altered thought process | proses pemikiran terubah | Perubatan | Tiada | Keupayaan proses berfikir yang berubah akibat gangguan kesedaran, persepsi, daya ingat, daya rasional, kebolehan mental dan kecerdasan. |
cognitive skill | kemahiran kognitif | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk berfikir, mempelajari dan memahami sesuatu ilmu atau pengetahuan. Kemahiran ini berasaskan keupayaan akal fikiran seseorang yang dipengaruhi oleh faktor genetik semula jadi dan juga daya usaha untuk meningkatkan kemampuannya. Kemahiran kognitif tahap tinggi memungkinkan seseorang untuk menganalisis situasi, menghuraikan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh kemahiran kognitif semula jadi ialah kemampuan seseorang untuk memperoleh tahap pengajian dalam sesuatu bidang kepakaran yang sukar dicapai oleh orang lain, seperti bidang sains, kejuruteraan dan keagamaan. Contoh pembangunan kemahiran kognitif secara daya usaha dalam sesebuah organisasi pula adalah dengan mempelajari sesuatu pengetahuan melalui latihan dan bimbingan. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |