Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
de-de-; nyah-PerubatanTiadaAwalan yang bermaksud di bawah atau keluar.
de factode factoSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya.
de jurede jureSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi yang menggambarkan seseorang atau organisasi yang dilihat berkuasa atau memegang jawatan rasmi, tetapi pada hakikatnya tidak berupaya untuk mentadbir atau membuat sebarang keputusan. Dalam banyak keadaan, pemimpin de jure ini begitu bergantung atau berada di bawah pengaruh pemimpin atau individu lain. Contohnya, pemimpin negara Honduras pada tahun 1950-an merupakan de jure kepada penguasa Syarikat Motor Ford.
hors de combathors de combatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penempur yang tidak lagi berdaya untuk mengambil bahagian dalam permusuhan kerana sakit, lukaluka atau memang telah menyerah kalah. Hors de combat ini biasanya diberikan status tawanan perang, dan oleh yang demikian hendaklah dilindungi daripada disasarkan, dan hendaklah diperlakukan secara manusiawi dan dirawat (jika sakit atau terluka). Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan dan hukuman sekiranya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
De StijlDe StijlKesenianSeni BinaGerakan seni dan seni bina yang ditubuhkan pada tahun 1917 di Amsterdam yang membawa gaya universal dalam lukisan dan seni bina dengan menggunakan warna asas, iaitu hitam dan putih. Gerakan seni ini juga cuba menyatukan seni halus dengan bentuk asas yang ringkas dan mudah. Gerakan seni ini banyak menggunakan bentuk-bentuk geometri dengan kaedah yang sangat teknikal. Gerakan De Stijl banyak dipengaruhi oleh karya-karya Pablo Picaso dan Piet Mondrian. De Stijl mempunyai pengaruh yang kuat dalam perkembangan seni abstrak� dan pola seni bina �moden. Gerakan ini banyak memberikan inspirasi kepada arkitek terkemuka seperti Le Corbusier dan Mies van der Rohe.
de jurede jurePenilaian Harta TanahTiadaTiada
de novode novoPentadbiranTiadaTiada
de jurede jurePentadbiranTiadaTiada
de factode factoPentadbiranTiadaTiada
de factode factoEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas