mechanochemical degradation | degradasi mekanokimia | Kejuruteraan | Polimer | Penguraian rantai atau degradasi bahan polimer yang disebabkan oleh ricihan mekanikal dan tindak balas kimia. pemamahan adalah salah satu bentuk tindak balas degradasi mekanokimia. |
degradation | degradasi | Kejuruteraan | Polimer | Perubahan dalam bentuk kerosakan dalam struktur kimia, ciri fizik, atau rupa bentuk yang disebabkan oleh pendedahan kepada haba (degradasi terma), sinaran cahaya (fotodegradasi), oksigen (degradasi oksidaan) atau kesan luluhawa. |
degradation | degradasi | Sains Forensik | Tiada | Penguraian DNA yang disebabkan oleh tindakan kimia atau secara fizikal seperti pendedahan kepada cahaya ultraungu, kelembapan haba dan tindakan mikroorganisma. Keadaan ini boleh menjejaskan hasil PCR dan pencirian DNA forensik. Ahli forensik boleh melakukan elektroforesis gel agarosa untuk menilai tahap degradasi DNA dalam sampel forensik terlebih dahulu sebelum melakukan penggandaan. DNA yang baik akan membentuk satu jalur yang kemas dalam gel agarosa, manakala DNA yang telah mengalami degradasi yang ketara akan membentuk satu calitan jalur. |
biological degradation | degradasi biologi | Biologi | Ekologi | Penguraian bahan kepada komponen yang lebih kecil oleh bakteria. Bahan-bahan seperti racun rumpai, racun serangga, detergen, dan bahan kimia lain yang dibebaskan ke persekitaran akan mengalami degradasi biologi oleh bakteria E. coli. |
acetic fermentation | penapaian asetik | Herba | Fitokimia | Proses katabolisme hidupan yang menghasilkan asid asetik melalui degradasi asid lemak, pendekarboksilan asid piruvik yang terhasil daripada glikolisis karbohidrat, atau degradasi asid amino. Asid asetik yang wujud sebagai asetil koenzim-A merupakan bahan perantara utama bagi penghasilan tenaga dalam kitar asid sitrik dan sebatian asas dalam biosintesis pelbagai sebatian metabolik sekunder seperti asid lemak, flavonoid dan terpenoid. |
abiotic | abiotik | Sains Forensik | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berasal daripada sumber bukan biologi atau bukan hidup. Faktor abiotik seperti cahaya matahari, kelembapan dan nilai pH boleh mempengaruhi kadar degradasi atau penguraian sesuatu sampel seperti darah dan tisu badan. Lihat juga degradasi. |
degradation | degradasi | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
degradation | degradasi | Geografi | Tiada | Tiada |
degradation | degradasi | Perhutanan | Tiada | Tiada |
degradation | degradasi | Aeroangkasa | Tiada | 3. Kehilangan kualiti gambar atau isyarat. |