Tacca integrifolia | Keladi murai | Pertanian | Tiada | Herba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. |
Hibiscus rosa-sinensis var. albus | bunga raya putih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
Tacca integrifolia | keladi murai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Taccaceae yang dikenali juga sebagai belimbing tanah. Tumbuhan ini tidak berbatang dan mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Tangkai bunganya panjang, bunganya besar dan berwarna ungu kehijau-hijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Tumbuhan herba ini tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Air rebusan umbisinya diminum oleh ibu selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. Umbisi yang telah dilumatkan dipupuk untuk mengubati gigitan ulat bulu. |