peritubular dentine | dentin peritubul | Perubatan | Tiada | Dentin di sekeliling tubul dentin. Lebih terkalfisifikasi daripada dentin dalam tubus. |
dentine smear layer | lapisan lumur dentin | Pergigian | Tiada | Lapisan dentin yang terbentuk hasil daripada pemotongan dentin pada peringkat penyediaan kaviti atau kanal akar. Lapisan dentin ini terdiri daripada puing-puing dentin yang mengandungi mineral dan protein yang melekat secara longgar pada permukaan dentin yang tertinggal. |
dentin | dentin | Perubatan | Tiada | Bahan atau tisu gigi. |
dentine sclerosis | sklerosis dentin | Perubatan | Tiada | Pembentukan dentin sebagai tindak balas pada rangsangan, dengan penutupan tubul dentin oleh pemendapan garam kalsium, menjadi lebih keras dari dentin biasa. |
desiccation of dentine | kekeringan dentin | Pergigian | Tiada | Dentin yang terlebih kering akibat penggunaan agen semburan angin yang melampau semasa peringkat merestorasi gigi. Kekeringan dentin yang melampau boleh menganggu pengikatan dentin dengan bahan restorasi seperti komposit. |
adventitious dentine | dentin adventitius | Perubatan | Tiada | Dentin yang terbentuk selepas pembentukan gigi, berterusan selagi gigi masih vital. Sinonim : dentin sekunder. |
interglobular dentine | dentin interglobul | Perubatan | Tiada | Matriks dentin yang tidak sempurna pengkalsifikasiannya dan terletak di antara globul pada pinggir dentin. |
reparative dentine | dentin reparatif | Perubatan | Tiada | Dentin yang terbentuk hasil rangsangan patologi, mempunyai bilangan tubul yang kecil dan tidak teratur. Sinonim: dentin sekunder tak teratur. |
dentinal fluid | bendalir dentin | Perubatan | Tiada | Bendalir dalam tubul dentin, kaya protein dan mungkin berfungsi dalam kepekaan dentin. |
dentine bridge | jambatan dentin | Pergigian | Tiada | Lapisan dentin yang terbentuk di atas bumbung pulpa yang telah terdedah sebelumnya. Jambatan dentin ini terhasil berikutan dorongan peletakan simen kalsium hidroksida semasa peringkat penyediaan kaviti yang lalu. Ia juga bertindak sebagai pelindung tisu pulpa yang terdedah. |