retrograde inversion | deret mundur balikan | Muzik | Tiada | Pic deret balikan yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur balikan gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah D#, F#, F, E, G#, G, C#, D, Bb, B, C, A. Lihat juga deret dasar, deret balikan, matriks dua belas ton. |
retrograde | deret mundur | Muzik | Tiada | Pic deret dasar yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur dalam gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah Eb, C, C#, D, Bb, B, F, E, Ab, G, F#, A. Lihat juga deret dasar, matriks dua belas ton. |
inversion | deret balikan | Muzik | Tiada | Pembalikan imej cermin berasaskan pic deret dasar yang berasaskan paksi pic pertamanya dalam muzik karya dua belas ton. Contohnya, deret balikan dalam gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah A, C, B, Bb, D, C#, G, G#, E, F, F#, D#. Paksi pic pertama ialah not A. Lihat juga deret dasar, matriks dua belas ton. |
twelve tone matrix | matriks dua belas ton | Muzik | Tiada | Matriks 12 baris darab 12 lajur (12 baris x 12 lajur) yang disusun dengan pic yang diperoleh daripada deret dasar (DD), deret mundur (DM), deret balikan (DB) dan deret mundur balikan (DMB) serta kesemua transposisinya. Matriks ini men-jadi asas bagi pengkaryaan muzik dodekafon atau karya dua belas ton. Semua klasifikasi pic yang terkandung dalam deret dasar ditulis pada baris pertama (dari kiri ke kanan). Apabila set pic ini dibaca dari arah kanan ke kiri akan membentuk deret mundur. Contohnya, Symphony, Op. 21, Gerakan Pertama oleh Anton Webern. |
all-combinatoriality | kesemua kombinatorialiti | Muzik | Tiada | Pembentukan agregat baru yang terhasil melalui proses percantuman heksakord daripada deret dasar dengan cara, (i) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret dasar yang ditransposisikan, (ii) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret balikan yang ditransposisikan, dan (iii) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret mundur balikan yang ditransposisikan.
|
semicombinatoriality | semikombinatorialiti | Muzik | Tiada | Deret dasar yang membolehkan heksakordnya membentuk agregat baru melalui satu daripada proses percantuman, iaitu deret dasar yang ditransposisikan atau deret balikan yang ditransposisikan atau deret mundur balikan yang ditransposisikan. |
all-interval row | deret kesemua jeda | Muzik | Tiada | Himpunan not dalam satu deret yang merangkumi semua not kromat. Himpunan ini juga dikenali sebagai set kesemua jeda. Susunan antara not bersebelahan dalam deret tersebut akan mewujudkan kesemua 11 jeda daripada minor ke-2 sehingga major ke-7. |
serialism | serialisme | Muzik | Tiada | Gaya muzik abad ke-20 yang diperkenalkan oleh Arnold Schoenberg dan Anton Webern. Serialisme mengetepikan harmoni fungsian dan melodi yang berasaskan tonaliti. Teknik atonal atau dodekafon ialah asas sistem serialisme. Gubahan karya serialisme bergantung pada satu barisan ton, iaitu susunan tetap semua 12 ton. Pic dan jeda baris ton asal atau deret dasar mempunyai 48 kemungkinan baris yang baru melalui empat cara, iaitu deret balikan, transposisi, deret mundur dan deret mundur balikan. Harmoni muzik serialisme adalah sangat bercanggah, gerakan melodi melompat-lompat atau disjunct. Teknik total serialisme dikaji dengan teliti oleh Berg, Webern, Messiaen, Babbitt, Boulez dan Stockhausen. Lihat juga karya dua belas ton.
| combinatoriality | kombinatorialiti | Muzik | Tiada | 1. Percantuman heksakord antara dua deret yang sama seperti deret dasar dengan deret dasar. 2. Gabungan antara dua deret yang berlainan jenis seperti deret
| skying range | deret lelangit | Kesenian | Tiada | Tiada |