detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu |
detective | detektif | Kesusasteraan | Tiada | Anggota mata-mata gelap dalam pasukan polis yang cuba membongkar rahsia pembunuhan, identiti penjenayah dan sebagainya, di dalam kisah jenayah yang terdapat dalam novel atau cerpen. |
detective camera | kamera detektif | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Kisah jenayah dalam novel atau cerpen, biasanya tentang sesuatu peristiwa pembunuhan. |
kind | jenis | Kesusasteraan | Tiada | 1. Dalam sastera dibezakan tiga pokok genre, lirik, epik dan dramatik.,2. Jenis teks yang konkret, balada, soneta, cerita detektif dan sebagainya. |
paraliterature | parasastera | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang tidak tergolong dalam kanun sastera bagi sesebuah masyarakat. Parasastera termasuk dalam kategori karya popular seperti cerita kembara kanak-kanak, cerita detektif dan pengintipan, sains fiksyen, pornografi, cerita cinta, serta cerita drama televisyen dan radio. |