Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok

Puisi
 

Merbah terbang di pohon Jawa,
     Pakai anak raja Chupa;
Adik abang tuanku nyawa,
     Bilakah masa dapat berjumpa?


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land accretionpenambahan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
land reclamationpenebusgunaan tanahKejuruteraanTiadaMemperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan.
Sumatra diseasepenyakit SumatraBiologiPatologiPenyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga.
basal stem rotbusuk pangkal batangBiologiPatologiBusuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas.
basal stem rotbusuk pangkal batangKimiaTiadaBusuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas.
kayonkayonKesusasteraanTiadaGunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon m
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.
middle rhymerima tengahKesusasteraanTiadaRima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri.
canopy treepohon rendangLandskapTiadaPokok yang mempunyai kanopi rendang dan sesuai ditanam di kawasan taman dan pinggir j alan bagi tujuan teduhan. Contohnya, pokok pukul lima.
12

Kembali ke atas