family takaful plan | pelan takaful keluarga | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji. |
extruder | penyemperit | Kejuruteraan | Polimer | Mesin yang di samping meleburkan pelet plastik mampu mengepam leburan pada kadar aliran yang malar ke arah dai untuk penghasilan profil dan kepingan plastik. |
residual shrinkage | kecutan sisa | Pertanian | Tiada | Pengurangan isi padu pukal, di samping pengurangan yang disebabkan oleh kehilangan air dalam tanah tepu air semasa pemampatan. |
covert channel | saluran terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data. |
active defence | pertahanan aktif | Sukan | Tiada | Keadaan petinju yang sedang bertahan di samping berusaha membalas tumbukan lawan. |
sandwich generation care | jagaan generasi sandwich | Kejururawatan | Tiada | Penjagaan terhadap ibu bapa di samping penjagaan anak sendiri. |
crude fibre | serabut mentah | Kimia | Tiada | Serabut mentah: Serabut yang mengandung bahan lain di samping polimer utama. |
byproduct | hasil sampingan | Kimia | Tiada | 2. Bahan yang terhasil semasa tindak balas kimia di samping bahan utama. |
delayed criticality | kegentingan tertunda | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan genting yang disebabkan oleh neutron tertunda di samping neutron serta-merta. |
supporting actor | pelakon pembantu | Komunikasi | Tiada | Pelakon yang memainkan peranan yang kedua terpenting di samping pelakon utama. Contohnya, watak yang menjadi teman atau ahli keluarga pelakon utama semasa berhadapan dengan sesuatu keadaan atau peristiwa. |